RCLUS : Jangan Cakap Abang Tak Payung 🤣

Pengguna Aplikasi ZELLO di Malaysia diminta untuk mengenali terlebih dahulu dua saluran awam iaitu :-


1. Lebuhraya Utara-Selatan ( #LUS ) dan
2. Rakan COPS PDRM ( #RC ).

Walaupun kedua-duanya nampak serupa, namun keduanya mempunyai sifat yang berbeza.

Saluran #RC pula adalah saluran yang dikhaskan untuk berhubung dan berkongsi maklumat dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Walaupun ia boleh merujuk kepada perkara-perkara berkaitan aktiviti polis, saluran ini juga menjadi tempat di mana orang awam dapat melaporkan jenayah, berkongsi info tentang aktiviti jenayah, atau mendapatkan bantuan dan nasihat dari pihak polis.


Tuan Tanah #RC :
Merupakan anggota PDRM Bukit Aman.

1. Scan QR
2. Masuk Channel
3. Klik Pada Logo Channel
4. Baca Terma & Syarat
5. Faham, Baru Tekan Butang
6. Hantar INFO HEBAHAN
7. Tak Ada Apa INFO, Diam² Jer Dalam Channel.

Saluran #LUS lebih fokus kepada maklumat meAngenai lalu lintas di lebuhraya. Ia dikhususkan untuk memberi amaran tentang kemalangan, kerja-kerja jalan raya, atau kesesakan trafik. Saluran ini menjadikan komunikasi yang terjalin sepenuhnya berkaitan dengan lalu lintas dan memberi keutamaan kepada informasi yang berkaitan dengan lebuhraya.


Tuan Tanah #LUS :
Orang kebanyakan & BUKAN anggota PDRM.

1. Scan QR
2. Masuk Channel
3. Klik Pada Logo Channel
4. Baca Terma & Syarat
5. Faham, Baru Tekan Butang
6. Hantar INFO HEBAHAN
7. Tak Ada Apa INFO, Diam² Jer Dalam Channel.

Walaupun kedua-dua saluran ini mempunyai tujuan untuk berkongsi maklumat, namun fokus dan sifat komunikasi di dalam jaluran adalah berbeza.

Saluran #LUS adalah tertumpu sepenuhnya kepada trafik lebuhraya tanpa sebarang " sembang / borak kosong ", manakala saluran #RC adalah tempat untuk berkomunikasi tentang jenayah dan mendapatkan bantuan dari pihak polis.

👆 Percuma ! 👆
Dulu, Kini & Selamanya.

Pengenalan dan penggunaan dua saluran ini adalah penting kepada pengguna aplikasi Zello di Malaysia. Dengan memahami perbezaan dan kegunaan masing-masing saluran, pengguna boleh menjalankan komunikasi yang berkesan dan berfaedah dalam aplikasi ini.

Semoga membantu ❤️

Post a Comment

0 Comments