Dulu-dulu masa kecik aku sekeluarga duduk rumah setinggan 1 bilik.

Boleh bayangkan padat dan sesak rumah tu. Tapi kitaorang bahagia. Tak pernah rasa sempit'

SULAIMAN ABD RAHMAN


Bukan semua orang mampu nak downgrade hidup. Sebab mereka dah terbiasa hidup mewah dan senang.

Tapi bagi orang yang dah terbiasa susah dan Allah masih lagi jaga hati mereka untuk merendah diri insyaAllah downgrading it’s not a bad thing.

Den pasti setiap orang pasti pernah ada impian untuk duduk rumah yang lebih besar tetambah jika kita lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan.

'Dulu-dulu masa kecik aku sekeluarga duduk rumah setinggan 1 bilik. Boleh bayangkan padat dan sesak rumah tu. Tapi kitaorang bahagia. Tak pernah rasa sempit'

Dulu-dulu masa kecik den duduk rumah setinggan 1 bilik. Mak, abah, akak, ana, acu, adik dan 7 anak buah abah dari kampung. Boleh bayangkan padat dan sesak rumah tu. Tapi kitaorang bahagia. Tak pernah rasa sempit.

Walaupun abah susah dan garang tapi bab menolong anak-anak buah memang abah sangat mudah. Biarlah dia yang susah janji anak-anak dan keluarga senang. Mungkin asbab sifat abah yang suka tolong orang abah dapat rezeki anak-anak yang membantu sekarang.

Tahun 1990 kitaorang pindah rumah sendiri bila abah beli rumah kampung 3 bilik, waktu ni baru rasa hidup ada rumah. Ada bilik sendiri walaupun berkongsi. Syukur walaupun tak besar tetap bahagia.

Waktu kecik aku tak pernah tahu rumah besar atau rumah cantik. Yang aku tahu rumah aku je. Aku tak pernah panggil rumah aku teratak hina, bagi aku perkataan hina tu pun dah kesat. Aku bersyukur walaupun rumah aku hanya rumah kayu lantai simen atap zink.

Orang mungkin malu nak cakap pasal parents jadi maid. Tapi aku tak malu nak mengaku sebab dari situlah aku belajar cara mengemas rumah dengan mak. Dari situ juga aku bersungguh nak keluar dari kesusahan. Aku letak dalam kepalq.
“Aku tak nak hidup susah.”

Masa aku selalu ikut mak kerja cuci rumah orang aku tengok rumah besar-besar and rasa seronok dan ada impian nak rumah besar dan cantik. Of coz aku rasa orang yang macam aku tak ada apa-apa akan rasa nak something macam tu.

Bagi aku itulah anjakan paradigma yang aku dapat untuk ubah kehidupan aku.

Aku teringin sebab aku tak pernah duduk rumah besar dan cantik masa tu. Aku memang nak sangat rumah cantik. Ini aku just nak bagitahu how my passion in design and decorating tercetus.

Dari darjah 6 aku dah tahu nak jadi interior designer sebab boleh design rumah cantik-cantik. Dari situ juga aku study macam mana nak jadi interior designer. Apa yang kena buat kalau nak jadi interior designer. Apa subjek kena cemerlang.

Alhamdulillah aku grad dengan cemerlang.

Lepas habis belajar memang impian setiap anak nak tolong mak abah. Itu je benda yang aku buat. Bantu mak abah and nak keluar dari kemiskinan.

Lepas dapat kerja den buat personal loan RM15k sebab nak upgrade dapur mak and settlekan debts in 2 months masa kerja kat UK.

Alhamdulillaah walaupun perjalanan hidup masa kecil susah tapi Allah mudahkan saat dah bekerja. Habis je belajar terus dapat offer kerja. Siap dapat kerja oversea. Maybe asbab niat nak bantu mak abah Allah mudahkan semuanya. Syukur sangat.

Bila dah berjaya settle semua hutang baru aku target beli rumah. Aku yakin semua orang ada impian nak rumah besar dan cantik.

Betul tak?

Syukur Alhamdulillah umur 38 tahun Allah makbulkan impian aku dapat rumah impian. 4 bilik, 4 bilik air. Keluasan tanah 5000sqft. Build in 2900sqft. 2 storey. Ada tanah sebelah 27 x 85 kaki. Sangat besar untuk aku berdua dengan Eesa Putra masa tu.

Sebelum dapat rumah ni memang asyik dok tengok billboard dekat tepi Mexx exit Cyberjaya. Dok berharap dapat beli rumah macam tu. Macam dok meratip dalam kepala. Kakakakaka

Sebab dari kecil dah biasa duduk rumah kecik, rumah setinggan, flat takde lift, apartment, studio, soho jadi bila bila dapat rumah idaman memang perasaan tu berbunga-bunga.

Apatah lagi bila rumah tu atas nama sendiri. Syukur plus bangga. Rasa bahagia dapat rumah besar camtu.

Konon-konon rasa akan seronok selama-lamanya sebab idaman kan. Tapi truly bila dah duduk rumah besar I missed my apartment life. Hahahahaha

The truth is bukan semua datang dengan mudah. Selepas 8 tahun ujian jatuh bangun dalam hidup. Alhamdulillah aku berada di sini dengan nikmat yang Allah bagi especially aku dapat capai semua yang aku nak.

Even dulu aku cakap aku mak anak 5 walaupun aku single mom with 1 kid, now Allah dah makbulkan. Aku juga berjaya bagi mak abah 4 angka setiap bulan. Dapat beri apa sahaja yang mak nak. Itu memang impian aku.

“Mak cakap je mak nak apa. InsyaAllaah. Ija beli”

Bagi aku mak abah dah besarkan adik-beradik aku dengan baik walaupun kita orang semua anak perempuan.

Kita orang memang tak diberi apa-apa harta, tapi asbab kesusahan hidup dan kasih sayang mak abah yang tak berbelah bagi, aku rasa anak-anak abah mak dapat berusaha sampai ke tangga ni.

Alhamdulillaah walaupun kitaorang perempuan, kita orang semua cipta harta sendiri. Beli rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada tanah sendiri.

Asbab kesusahan hidup juga kitaorang dapat adik beradik yang boleh bersusah payah sama-sama.

Dari kakak sampai adik. Cakaplah apa-apa pun, bila susah sama-sama bantu. Kalau sakit, sama-sama jaga. Bila senang sama-sama kongsi. Bagi aku inilah hikmah untuk mak abah yang dah bersusah payah jaga kitaorang.

Memang bukan semua dapat keluarga yang membantu. Aku selalu dengar masalah adik beradik tak menolong.

Tapi aku bersyukur sangat dapat kakak dan adik-adik yang sangat penyayang dan pemurah.

Kalau susah tu cakap je. Memang dia orang akan tolong sehabisnya. Bagi aku inilah nikmat yang terbaik Allah beri pada kami sekeluarga. Dan aku harap Allaah tetapkan hati kami untuk saling mengasihi, menyayangi dan berkasih sayang.

Kalau orang kata waris faraid tak boleh percaya, insyaAllah aku tawakal dan yakin adik beradik aku memang sangat boleh dipercayai. Walaupun aku dah buat pengurusan harta aku tetap tahu aku perlukan mereka bila aku tak ada.

InsyaAllah dengan apa yang ada, aku yakin mereka akan menjaga anak-anak aku seperti mana aku jaga anak-anak aku sekarang.

Aku yakin asbab jagaan dan didikan abah dan mak yang menjadikan kami adik beradik dapat hidup harmoni berkasih sayang. Aku harap anak-anak kitaorang pun akan dapat hidup macam kita orang adik beradik.

Susah sama-sama bantu, senang sama-sama kongsi.

Aku syukur tak dilahirkan dalam dulang emas. Aku yakin Allah letakkan aku dan takdir aku begini sebab aku perlukan guidance dari pengalaman hidup aku sendiri.

Mungkin kalau aku lahir dah kaya mesti aku boros dan sombong. Mesti aku tak akan berusaha untuk capai lebih dari kemampuan aku.

Banyak benda yang aku belajar dari kecil sampai sekarang dan aku turunkan dekat anak-anak. Aku nak pastikan mereka tak buat kesilapan yang sama. Even nak beli peralatan letrik pun aku turunkan ilmu supaya tak jadi pembaziran.

Aku juga akan pastikan aku tak turunkan benda-benda yang aku tak gemar dari zaman mak dan abah kepada anak-anak aku. Bukan semua benda zaman dulu sesuai untuk zaman sekarang. Kita kena didik anak kita bersesuaian dengan zaman dia.

Ibubapa juga bukan semuanya sempurna, dan kita sebagai anak pun sama. Jadi apa yang aku belajar is kalau kita tak suka benda yang orang buat kat kita, kita jangan buat dekat orang. Jadinya apa yang aku tak suka aku tak akan buat dekat anak-anak.

Tapi apa sahaja benda yang baik yang aku dapat dari mak abah memang aku terapkan dekat anak-anak.

Aku tahu doa ibubapa mustajab. Lebih-lebih lagi ibu. Sebab itu apa sahaja yang aku beri dekat mak abah aku tak minta lebih. Aku just minta.

“Mak doakan ija dapat rezeki lebih lagi ya.”

“Ija nak pergi meeting ni, mak doakan Ija closed projek ni ya.”

“Ija nak gi jumpa orang, mak doakan dipermudahkan segalanya ya.”

Mak mungkin tak mampu bagi den apa-apa sekarang, tapi doa mak tetap paling aku harapkan sampai mati.

Itu sahajalah yang aku rasa aku sebagai ibu boleh beri kepada anak-anak.

Doa.

Kalau aku beri ilmu pun belum tentu jadi apa yang aku nak.

Kalau aku bagi harta pun belum tentu akhirnya kaya.

Kalau aku bagi kasih sayang pun belum tentu elok akhirnya.

Sebab hidup anak-anak bukan atas tangan kita. Hanya Allaah sahaja yang tahu.

Aku hanya mampu berdoa supaya mereka jadi anak yang soleh dan terbaik untuk dunia dan akhirat. Sebagai seorang ibu tetaplah doakan kebaikkan untuk anak-anak.

Kerana mereka memerlukannya.

Post a Comment

0 Comments