ASBF : HYBIRD atau COMPOUNDING Lagi Stim ???

Teknik Hybrid adalah gabungan antara teknik compounding (simpan setiap bulan tanpa usik dividen) dan teknik rolling dividen (bayar untuk tahun pertama sahaja).

Anak Muda Yang Dah Pun Berusia 18 Ke Atas + Gaji Bulan Adalah Sangat Digalakkan Buat. Lebih² Lagi Kalau Anak Muda Itu Berstatus BUMIPUTERA !
Ke Nak Kena Lukis ?

Tapi tak semua orang sesuai menggunakan teknik ini. Hanya orang yang mampu konsisten simpan setiap bulan sesuai menggunakan Teknik Hybrid. Komitmen bagi teknik hybrid adalah sama macam teknik compounding. Iaitu wajib simpan setiap bulan.

Bagi sesiapa yang sudah lebih setahun buat simpanan ASBF, kemudian dividen memang tak diusik, inilah teknik yang paling sesuai untuk kembangkan lagi simpanan tanpa perlu tambah modal sampingan.

Andai kita mampu simpan setiap bulan RM217.

*Game Plan 5 tahun*

*Teknik Compounding Sahaja*

ASBF 50K
Rate 4.50%
40 tahun
Bulanan RM225
Tahunan RM2,700

Jika dividen setiap tahun 5.5%, jumlah dividen terkumpul;

= RM15,348

Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM47,496. Maka jumlah pulangan prinsipal;

50,000 - 47,496 = RM2,504

Jadi jumlah simpanan keseluruhan;

15,348 + 2,504 = RM17,852 ✓

*Teknik Hybrid*

Tahun pertama, apply ASBF 50K. Sijil pertama menggunakan teknik rolling dividen. Jadi hanya perlu bayar untuk setahun sahaja, iaitu 12 bulan. Layan rolling sampai 5 tahun.

Tahun kedua, apply ASBF 50K. Sijil kedua menggunakan teknik compounding. Bayar selama 4 tahun, iaitu 48 bulan (Tamat serentak dengan sijil pertama).

Jadi setiap bulan hanya perlu commit bayar satu sijil sahaja. Tahun pertama bayar sijil pertama. Tahun kedua sampai kelima bayar sijil kedua.

*Hasil sijil pertama - Rolling Dividen 5 tahun*

Tahun 1.
Dividen: 5.5% x 50,000 = 2,750
Bayar semula RM2,700.
Baki = RM50

Tahun 2.
Dividen: 5.5% x 50,000 = 2,750
Bayar semula RM2,700.
Baki = RM50

Tahun 3.
Dividen: 5.5% x 50,000 = 2,750
Bayar semula RM2,700.
Baki = RM50

Tahun 4.
Dividen: 5.5% x 50,000 = 2,750
Bayar semula RM2,700.
Baki = RM50

Tahun 5.
Dividen: 5.5% x 50,000 = 2,750

Jumlah Dividen:
50 + 50 + 50 + 50 + 2,750 = RM2,950

Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM47,496. Maka jumlah pulangan prinsipal;

50,000 - 47,496 = RM2,504

Jumlah simpanan sijil pertama;

2,950 + 2,504 = RM5,454 ✓

*Hasil sijil kedua - Compounding 4 tahun*

Dividen terkumpul = RM11,941

Anggaran baki hutang selepas 4 tahun sebanyak RM48,087. Maka jumlah pulangan prinsipal;

50,000 - 48,087 = RM1,913

Jumlah simpanan sijil kedua;

11,941 + 1,913 = RM13,854 ✓

Maka hasil keseluruhan bagi teknik hybrid;

5,454 + 13,854 = RM19,308 ✅

*Perbandingan*

👉Teknik Compounding = RM17,852
👉Teknik Hybrid = RM19,308
👉Hasil bagi Teknik Hybrid dapat lebih sebanyak RM1,456 walaupun modal simpanan sama.
👉So kalau sesiapa yang ada dividen yang tak guna, daripada dok terperap saja dalam ASB, boleh lah pertimbangkan Teknik Hybrid ni.

*Kira-kira di atas adalah untuk kadar keuntungan bank (interest) yang terkini 4.50% dan dividen ASB 5.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.*
Anak Muda Yang Dah Pun Berusia 18 Ke Atas + Gaji Bulan Adalah Sangat Digalakkan Buat. Lebih² Lagi Kalau Anak Muda Itu Berstatus BUMIPUTERA !
Ke Nak Kena Lukis ?

Post a Comment

0 Comments