Sadam Arffain | Kartel Bunga Kantan !

"..bila dah banyak orang tanam...macammana dengan harga jualan. Itu yang risau."


Saya ulang tayang quote semalam punya.  

" He who has a 'WHY' to live for, can bear almost any 'HOW' ". 

Baru ni saya ada berjumpa seorang Coach yang studied tentang Human Mindset. Kebetulan bab bab neuroscience ni memang salah satu topik kegemaran saya.

Jadi panjang juga perbualan kami berdua sedangkan baru saja berjumpa sebab terduduk semeja pekena Kopi latte. 

Beliau juga mengkaji ramai subjek tentang mindset usahawan usahawan yang berjaya contoh salah seorangnya macam, Datuk Rosyam Noor. 

Saya terkesima bila beliau masuk bab 'Fixed mindset Dan Growth mindset'. 

Fixed mindset adalah satu set fikiran yang malar atau tetap. Kebanyakkan orang orang yang mempunyai corak fikiran sebegini sentiasa berada di 'tempat' yang sama dan juga mempunyai emosi rapat iaitu 'ketakutan'.


Ketakutan ni macam contoh seperti takut akan perubahan, takut untuk melihat sesuatu dibalik dinding, takut akan pembaharuan Dan semacamnya yang akan menyebabkan terjadinya kerisauan hingga tidak dapat membuatkan keputusan Dan tindakan.

Atau,

Contoh ambil yang realitinya, dia fikir kerja kerajaan Dan makan gaji adalah pilihan yang mempunyai masa depan yang selamat Dan berjaya. Contoh.......atau dia fikir dia takkan mampu beli Supercar instead of dia fikir BAGAIMANA CARA untuk dia dapatkan Supercar. 

Jadi ada satu lagi jenis set iaitu Growth mindset. 


Growth mindset ni lain sikit jenis pemikiran orangnya. Orang orang sebegini sentiasa berfikiran di luar kotak. Sentiasa melihat sesuatu dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza beza untuk mencapai kupasan situasi Dan option yang lebih jitu untuk membuat keputusan Dan tindakan. 

Orang orang yang mempunyai ciri ciri growth mindset ini juga mempunyai satu style yang hebat dimana dalam suatu KEGAGALAN yang dialaminya, pada pandangan orang awam, dia telah gagal. Namun bagi orang growth mindset itu sendiri dia telah menemui, memahami Dan mempelajari 1460 perkara yang membuatkan dia gagal. Dari 1460 perkara itu lah akhirnya dia berjaya menemui titik kejayaannya. 

Dan orang orang growth mindset itu sendiri tidak pernah mengganggap diri dia GAGAL TAPI BELUM BERJAYA. 

Nampak tak perbezaan antara Dua jenis mindset ni? 

Saya saja cerita sikit. Saya tak lah pakar sangat, cuma ingin berkongsi supaya sama sama kita boleh naik maju bersama. 

So, menjawab persoalan di atas tadi tu kan. 

Saya juga memandang Dari sudut perspektif yang berbeza walaupun isu sebegini kerap dimainkan. 

Kita harus jelas bahawa, Dunia sentiasa akan ada kelahiran baru, macam contoh semalam di Malaysia sahaja ada 3702 kelahiran baru (purata). Dan juga akan ada jumlah kematian yang tersendiri. Dalam masa yang sama ini akan menyumbang kepada penambahan penduduk Dan tentu tentunya akan ada banyak penempatan baru akan dibuka.  

Bermakna, akan ada 'pasaran baru' Dan juga permintaan. 


Soal Ramai yang tanam ni rasanya orang Dari zaman 1980 lagi dah dimainkan namun hingga kini ada Masih ada orang yang tercari cari bunga Kantan kerana tiada yang pasarkan bunga Kantan di kawasan mereka. 

Harga bunga Kantan atau mana mana hasil bumi ni ada nilainya yang tersendiri Kalau nak dibandingkan dengan Wang fiat yang sentiasa ada Kadar inflasinya. Bergantung pada supply and demand. 

Jadi, Sentiasalah mengkaji pelbagai sumber Dan faktor yang boleh membuatkan kita bergerak maju Dan elakkanlah memikirkan persoalan yang sampai boleh menutup minda kita supaya kita bisa mengatasi kegagalan Dan mencapai kejayaan. 

Untuk mengakhiri penulisan saya Kali ini saya ingin memetik satu quote Dari penulisan seorang General Perang Cina, Sun Tzu. 

"DI DALAM KEHURU-HARAAN, ADA JUGA PELUANGNYA."

Jom cipta sejuta kejayaan.
Sadam

Post a Comment

0 Comments