Hari² Hari Bapa ❤️🇲🇾

Hari Bapa 2023,

Selamat Hari Bapa yang tersayang,
Yang sentiasa memberikan kasih,
Terima kasih Bapa atas segala pengorbanan,
Menjadi teladan yang pantas dipuja,

Walau berat tanggungjawab di pundak,
Engkau tetap tabah menghadapi dugaan
Semoga panjang umur dan sihat selalu,
Agar kami sentiasa dapat
Merasai sentuhan kasih sayang darimu,

Bapa adalah penopang keluarga,
Yang sentiasa bersanding dengan Ibu,
Mendidik kami dengan kasih dan penuh kesabaran,
Membimbing langkah kami ke arah kebaikan,

Kami rindukan senyuman dan pelukanmu,
Yang selalu memberikan
Kebahagiaan dan ketenangan di hati kami,
Selamat Hari Bapa yang kami cintai,

Doa kami sentiasa menyertaimu,
Hingga akhir hayatmu,
Syukur kami padaMu Ya Allah,

Kerana anugerahkan Bapa yang terbaik untuk kami.





Post a Comment

0 Comments