Founder Misi, aku bersama kau bro !

Kalau pun tak sudi menyokong TAK PERLU rasanya sampai membangkang. Dia berkemahiran IT, dia professional. Dia tahu apa dia buat.

Cuma aku risau satu je. Tentang AKAL² halimunan "kalau²" WUJUD di dalam RADIUS si Founder MISI.

ya Allah, lindungilah anak muda ini. Telah dia buktikan bahawa dia berjaya satu hatikan ramai rakyat Malaysia. Lindungi dia dari SEMUA signal² NEGATIF. Tetapkan hatinya ya Allah. aamiin.

Lim Goh Tong - kata orang dulu² pun "gila"


👇 Apa kata SIFU 👇

Founder Misi nak buat misi gila lagi. Nak wujudkan matawang sendiri. Nak turunkan harga barang mentah dengan hapuskan orang tengah.

Gila. Misi untuk negara dia nak run sebagai orang perseorangan dan sokongan orang yang percaya pada dia. Misi yang entah berapa kerajaan bertukar pun tak pernah dapat diatasi masalah ni. Memang satu misi yang gila.

Ramai yang kondem, kritik, gelakkan mamat ni. Apa dia buat? Dia tak goyang. Dia tak layan. Dia terus buat LIVE bagi pencerahan. Semalam kat TikTok, malam ni kat FB, esok kat Insta pula.


Dia jalan terus walau ramai sindir dan kata misi dia mustahil.

Malam tadi, aku ambil peluang nak dengar misi gila dia. Misi Farm namanya.

Dia bentang dengan yakin dan berani. Secara asasnya, atas kertas nampak mudah dan smooth. Namun percayalah, akan banyak benda dan masalah yang dia tak nampak akan muncul nanti.

Banyak benda dia terlepas pandang dan tak kira risk n cost. Ia tak semudah satu idea diterjemah dalam satu LIVE dan terus run. Kira-kira atas kertas, idea dalam kepala, bila diterjemah akan lari sedikit sebanyak. Bahkan boleh lari jauh.

Satu demi satu masalah yang dia tak jangka, masalah yang dia tak bersedia akan muncul nanti.

Tapi, aku suka anak muda ni. Aku suka mamat ni. Dia kreatif. Dia ada idea. Dan dia yakin dengan idea dia. Dia berjuang sungguh-sungguh untuk lihat idea dia jadi realiti.

Dia bukan orang sembang lebat hanya berdegar di kedai kopi sahaja. Dia cakap, dia buat.

Meski pun mungkin dia akan tersungkur, dia akan kalah, idea dia tak berjaya, tapi dia mencuba.

Satu benda mahal yang tak ramai orang buat.

Mencuba. Bermula.

Ramai antara kita hanya pandai merancang, tapi tak bermula. Hanya pandai kritik, tapi tak memberi apa-apa sumbangan dan perubahan.

Anak muda ini ada keberanian untuk mencuba idea gila dia.

Jujur kata aku tak yakin idea dia boleh berjaya dengan lancar.

Namun aku suka sikap berani dia. Aku sokong dia.

Malam tadi, buat pertama kali aku install apps Misi Rakyat. Aku donate sedikit sebagai tanda support aku atas usaha dia.

Dia akan bermula dengan 10 hub, lebih 1000 ladang dah berdaftar dengan dia. Dan kita lihat bagaimana bila benda ni run nanti.

Adakah hanya satu misi gila yang gagal ?
Atau misi yang penuh dengan masalah dan kelemahan.
Atau hanya misi angan-angan yang tak mampu mengubah harga barang.

Atau akhirnya ia menjadi satu misi gila yang berjaya.

Founder Misi, aku bersama kau bro. Saat ramai kawan-kawan aku sendiri gelakkan kau, aku tetap simpan harapan pada kau.

Seandainya misi kau gagal, aku tetap bangga dengan kau.

Kau anak muda yang berani cuba membawa perubahan. Aku suka sikap ini ada dalam diri anak Melayu.

Ada rezeki, ada masa, kita lepak mengopi bro.


Salam perjuangan! 💪

#MFS
.

Post a Comment

0 Comments