Neraka itu bermula apabila hati tenggelam dalam pujian.

BAHAN MUHASABAH DIRI

Neraka itu bermula apabila hati tenggelam dalam pujian.


Terutamanya apabila pujian datang daripada yang bukan hak
lelaki mata keranjang,
lelaki yang membuatkan kita lupa bahawa kita sudah bersuami.

Hari ini, bukan perempuan sahaja yang boleh menggoda lelaki beristeri.
Lelaki juga semakin berani menggoda wanita yang telah bersuami.

Ayat-ayat kecil yang kononnya “tak ada apa-apa” seperti:

“Kak masih muda.”
“Dah makan ke?”
“Jangan lambat makan nanti sakit.”

sebenarnya TIDAK PATUT ditujukan kepada wanita yang sudah berstatus isteri.

Lebih menjijikkan apabila keluar kata-kata seperti:

“Saya sayang awak.”
“Doakan saya dapat isteri macam awak.”

Astaghfirullah…
Ia mungkin kedengaran lembut,
tetapi hakikatnya merosakkan.


SEDARLAH, WAHAl WANITA BERKAHWIN

Zaman ini, tiada siapa yang benar-benar kebal.
Bahkan suri rumah yang dahulu dianggap paling selamat,
kini juga terdedah kepada fitnah.

Suri rumah hari ini aktif, bergerak, bersosial —
sama seperti wanita bekerja.

Maka, semua wanita yang telah berkahwin, WAJIB SEDAR.


BAGAIMANA MENJAGA DIRI & KEKAL SUCI?

1️⃣ Elakkan interaksi yang terlalu kerap
Sama ada secara maya atau berdepan.
Yang tidak perlu — hentikan.

2️⃣ Jangan beri ruang
Godaan tidak akan berlaku jika wanita itu punya harga diri.
Lelaki yang masih ada malu, biasanya akan undur diri apabila tidak dilayan.

3️⃣ Jangan mabuk dengan kata manis
Kata manis itu seperti gula —
manis di lidah,
tetapi boleh merosakkan gigi dan jiwa.

Tidak semua yang manis itu baik.
Dan tidak semua perhatian itu ikhlas.




AMARAN KERAS

JANGAN JADI WANITA YANG HAUS PUJIAN
Orang yang mudah melemah,
biasanya orang yang terlalu lapar kepada pujian.

Kita sudah cukup bernilai
tanpa perlu pengiktirafan
daripada lelaki yang bukan suami kita.


INGATLAH…

Setiap perbuatan ada balasannya.
Ada tindakan, ada akibat.
Ada dosa, ada hisab.

Kita bukan semakin muda.
Zaman glamor sudah berlalu.
Yang semakin dekat hanyalah KEMATIAN.

Banyakkan mengingati mati
dan bersedialah untuk menghadapinya.


Jangan rasa bangga walaupun sudah “sold out” tetapi masih ramai yang ‘crush’
Astaghfirullahal‘azim…

Kecantikan kita tidak seberapa
berbanding muslimah terdahulu
yang dijamin syurga
kerana menjaga kehormatan dan kesucian diri.




PENUTUP

Wahai ukhti,
godaan dari luar itu umpama virus.

Jika iman kuat,
insyaa-Allah virus itu akan mati sendiri.

Namun jika iman rapuh,
kita yang akan musnah.

Maka, tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan
hanya kepada Allah.

Semoga kita menjadi
sebaik-baik perhiasan dunia,
isteri yang solehah,
dan madrasah pertama buat keluarga kita.

Amin, ya Rabb. 🤍

Post a Comment

0 Comments