KAMUS ORANG LAMA JOHOR


TERTANGKAP KHALWAT DI KONDOMINIUM MEWAH

Penguat kuasa JAINJ telah membuat satu tangkapan khalwat di sebuah kondominium studio di Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada jam 12.30 tengah malam.

Tangkapan ini hasil risikan yang dijalankan selama beberapa bulan selepas menerima aduan mengenai kegiatan maksiat yang dianggap “selamat” apabila melanggan bilik atau homestay secara dalam talian. Jangan disangka tempat sebegini bebas daripada pemeriksaan penguat kuasa.

Setibanya di lokasi, penguat kuasa mengetuk pintu dan ia dibuka lima minit kemudian oleh seorang lelaki yang memakai seluar panjang dan kemeja-T. Penguat kuasa mengeluarkan lampu suluh (dibeli di Shopee) dan masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan lanjut.

Keadaan bilik samar-samar dengan hanya lampu tidur yang terpasang. Televisyen kelihatan tertutup. Semua suis lampu dibuka dan penguat kuasa mendapati pintu tandas tertutup, disyaki ada seseorang bersembunyi di dalam. Mungkin ada orang sedang memerut, biarlah dia habis cebok dahulu.


Apabila ditanya, lelaki itu memaklumkan kawannya berada di dalam tandas, namun tidak menyatakan sama ada lelaki atau perempuan. Lelaki tersebut kelihatan kemamor, dedor dan biji matanya berpendor ketakutan.

Penguat kuasa mengetuk pintu tandas dan memanggil dengan kuat, namun tiada sahutan. Pintu tandas dibuka tiga minit kemudian dan terjojol seorang wanita yang memakai skirt labuh dan baju berlengan panjang.

Pemeriksaan di dalam tandas hanya menemui sehelai tuala (kaensal) yang separa lekos dan lantai yang airnya meladung.

Pasangan ini mengaku hanya berendut sahaja, bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram. Lelaki masih bujang, berusia lingkungan 30-an, bekerja dan menetap di Johor Bahru. Wanita pula atas kertas dan dalam sistem masih anak dara, berumur 30-an dan bekerja di sebuah daerah lain di Johor.

Bilik tersebut ialah bilik studio kondominium yang disewa melalui aplikasi internet popular dan dibayar secara dalam talian. Penyewa tidak perlu bertemu pemilik, hanya masuk menggunakan ID yang diberikan.

Keadaan katil sudah berkecah, gebor berterabur, cadar enyot dan bantal menjajor kena lesir.

Pada hari kejadian, wanita menaiki motokar terus ke rumah lelaki, kemudian mereka masuk ke bilik ini sekitar jam 11.00 malam. Jarak rumah lelaki dengan bilik tersebut dianggarkan 30 km.

Mereka sempat pergi makan saing dan makan angin sekitar Johor Bahru sebelum masuk ke bilik. Bilik disewa atas nama wanita dan mereka perlu menaiki lif untuk ke bilik.

Mereka menyangka tempat ini selamat daripada pemeriksaan penguat kuasa, namun akhirnya mereka tetap kena godak sampai berposah.

Bilik kelihatan mewah, lengkap kemudahan, kemas dan bersih, sesuai dengan harganya yang mahal.

Mereka sememangnya merancang pertemuan ini, namun penguat kuasa tidak lepa. Inilah kisah lelaki dan wanita bujang yang nakal-nakal sebelum bernikah, menyimpan rahsia ketat-ketat termasuk amalan “lepas pos, jangan lupa delete”. Hendak pilih bilik hotel atau homestay sekarang memang mudah, hanya tekan aplikasi.

Jauh benar beza zaman sekarang jika dibandingkan dengan zaman dulu. Penulis sempat berbual dengan seorang kawan yang bercerita tentang kampungnya yang kini sudah maju. Dahulu kampung itu dipanggil “Jalan Kereta Lembu” dan pakciknya memiliki kereta lembu. Kini semuanya berubah, siap ada taman perumahan dan pasar raya.

Apabila ditanya sama ada mereka berhasrat untuk bernikah, mereka menjawab ada, tetapi beberapa keperluan belum cukup termasuk kewangan.

Bagus niat hendak bernikah, tetapi masalahnya belum nikah sudah cekoh dahulu dan melalui episod senak serta seram berdua di atas kaus. Tidak dapat dipastikan berapa pusingan episod sebelum ini — yang pasti belum sempat pusingan kalah mati Royal Rumble WWF.

Penguat kuasa menasihatkan dan kenen-kenenkan pasangan ini supaya bernikah dan mereka bersetuju. Jika sempat bernikah sebelum dituduh di mahkamah, mereka boleh menunjukkan surat nikah untuk merayu hukuman ringan di hadapan hakim.

Masa berlalu begitu deras, melebihi angin taufan. Setan gondol selalu berbisik bahawa yang tak halal dan curi-curi ini lebih syok daripada yang halal.

Nikah cepat dapat menghindarkan diri daripada maksiat yang tiada kesudahannya. Belanja sewa bilik dalam talian bukan murah, dan duit itu sebenarnya sudah boleh dibuat belanja nikah secara andor-andor. Hendak jimat, boleh nikah di pejabat kadi daerah — ringkas dan belanja secoet sahaja.

Pasangan ini ditangkap khalwat di bawah Seksyen 27. Penulis tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar pengajaran agar kita semua terhindar daripada maksiat.





KAMUS ORANG LAMA JOHOR

Tiak – panggil
Secoet – sikit
Melak – kalau
Meladung – bergenang
Enyot – tak lurus
Gobok – almari
Talibesen – TV
Motokar – kereta
Cekoh – sentuh
Gebor – selimut
Dedor – gigil
Godak – usik, kacau
Berkecah – terabur
Padukkan – pasangkan
Berendut – bercinta
Kemamor – mamai
Kejam – pejam
Andor – jimat, sikit
Kaensal – tuala
Lokos – lembab
Kaus – katil

.
.
.

Post a Comment

0 Comments