✅ Beri Ruang Untuk Keinginan Suami

⭐Keinginan Yang Dipendam, Kesabaran Ada Limitasinya...

Ali termenung di tepi katil, kepalanya bersandar pada tangan. Isterinya, Aisyah, sudah lena di sebelah, keletihan selepas seharian menguruskan rumah dan anak-anak. Sedangkan dirinya pun turut membantu Aisyah, namun dia masih lagi terkebil-kebil.

Dia sendiri tidak pernah meminta lebih. Cukup sekadar sedikit perhatian dan belaian seorang isteri. Namun, setiap kali dia mendekati Aisyah, jawapan yang diterima tetap sama:

"Abang, saya penat…"
"Anak masih belum tidur…"
"Nanti kita bincang, ya?"

Tahun demi tahun berlalu dan Ali semakin kehilangan kehangatan dalam rumah tangganya. Dia masih seorang suami yang baik, masih setia mencari rezeki, masih cuba menjadi imam terbaik. Namun, ada satu sudut dalam dirinya yang lama-lama semakin kosong. Nafsu seorang lelaki bukan sekadar tentang keinginan fizikal, tapi juga rasa dihargai, dibelai dan diingini oleh isterinya sendiri.

Saat kekecewaan bertukar menjadi keluhan panjang, muncullah ujian yang tidak dijangka. Seorang wanita lain masuk ke dalam hidupnya. Seorang ibu tunggal yang kesepian, memahami kehendaknya tanpa perlu dia bersuara. Hanya dengan beberapa perbualan di media sosial, Ali mula terperangkap dalam jerat yang pernah dia bersumpah tidak akan mendekatinya.

Dia tidak menyalahkan Aisyah, tetapi dia juga manusia biasa. Sejak lima tahun lalu, dia sudah tersasar, beberapa kali menodai kesetiaan rumah tangganya. Dan sekarang, meskipun dia sudah berhenti dari kesilapan itu, dia masih terjebak dalam dosa-dosa lain iaitu menonton video lucah, memuaskan diri sendiri dan setiap kali dia tewas, rasa bersalah menghimpit dadanya.

Janda itu masih mencuba untuk kembali. Dia juga kosong dan perlukan belaian. Ali cuba menolak, cuba menghalang, tetapi kekosongan hati sukar dibendung. Pernah terlintas di fikirannya untuk menikahi wanita itu, menghalalkan hubungan yang selama ini bersulam dosa. Namun, jauh di sudut hati, dia tahu keputusan itu akan memberi impak besar pada hidupnya, keluarganya, nafkahnya dan hukum faraidnya jika dia meninggal dunia kelak.

Yang lebih merunsingkan, dia masih belum mampu mencari ketenangan. Setiap kali dia berdoa, dia memohon kepada Allah agar diberikan kebahagiaan bukan sekadar dalam soal syahwat, tetapi dalam ketenangan hati. Dan jika Aisyah terus begini, menolak tanpa mahu memahami, Ali hanya mampu pasrah dan menyerahkan segalanya pada takdir Ilahi.

Apa Kata Islam? Suami Juga Ada Hak Dalam Perkahwinan

Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar ikatan cinta, tetapi juga tanggungjawab dan hak antara suami isteri. Salah satu hak suami yang sering diabaikan oleh isteri ialah keperluan nafkah batin. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya, lalu isteri menolak, sehingga suaminya marah kepadanya, maka malaikat melaknat isteri tersebut hingga waktu Subuh." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis ini bukan untuk menekan wanita, tetapi sebagai peringatan bahawa nafkah batin bukan sekadar kepuasan fizikal, tetapi juga keperluan psikologi dan emosi seorang lelaki.

Kajian juga menunjukkan bahawa ramai lelaki yang berasa terabai dalam rumah tangga akhirnya mencari perhatian di luar, bukan kerana mereka jahat, tetapi kerana mereka kehilangan kehangatan yang sepatutnya diberikan oleh isteri.

Apa Isteri Boleh Lakukan?

Sebagai isteri, memahami keperluan suami dalam aspek ini sangat penting. Ini beberapa langkah yang boleh diambil:

✅ Komunikasi Terbuka:

Jangan biarkan suami memendam rasa. Tanya apa yang dia mahukan dan bincang secara matang.

✅ Jaga Keintiman:

Hubungan bukan sekadar hubungan fizikal, tetapi juga belaian, ciuman, pelukan walaupun di luar waktu bersama.


✅ Belajar Ilmu Perkahwinan: 

Jika ada sesuatu yang anda kurang mahir, belajarlah. Ada banyak cara untuk meningkatkan hubungan intim dengan suami.

✅ Beri Ruang Untuk Keinginan Suami: 

Jangan terlalu kaku dengan satu cara sahaja. Suami juga ada keinginan dan fantasi.

Belajar Teknik Memikat Suami Kembali!

Isteri, jangan biarkan suami anda mencari kasih sayang di luar. 

Bertindak sebelum terlambat. Rumah tangga yang bahagia bermula dari seorang isteri yang bijak mengurus keperluan suaminya! Tutup segala pintu yang mengundang orang lain masuk ke dalam rumah tangga anda.

Post a Comment

0 Comments