SOALAN :
Seorang wanita telah berkahwin dengan seorang lelaki tetapi selepas berkahwin baru dia tahu suaminya itu sakit jiwa dan bertindak merbahaya ke atas dirinya.
Adakah harus dalam keadaan seperti ini isteri menfailkan perceraian di mahkamah syari’ah kerana bimbang termasuk isteri yang berdosa kerana meminta cerai?
JAWAPAN :
Isteri haram meminta cerai tanpa sebab dari suaminya tetapi jika ada sebab maka hukumnya adalah harus.
Setengah dari sebab yang membolihkan isteri minta cerai dari suami ialah suaminya sakit jiwa atau gila atau mempunyai penyakit merbahaya atau bertindak dengan tindakan merbahaya ke atas isteri.
Diriwayatkan daripada Sa‘id bin Al-Musayyib beliau berkata :
أَيُّمَا رَجُلٍ تَزَوَّجَ امْرَأَةً، وَبِهِ جُنُونٌ، أَوْ ضَرَرٌ، فَإِنَّهَا تُخَيَّرُ. فَإِنْ شَاءَتْ قَرَّتْ. وَإِنْ شَاءَتْ فَارَقَتْ
Artinya : “Mana-mana lelaki yang mengahwini seorang wanita dan lelaki itu ada penyakit gila atau penyakit merbahaya maka wanita itu bolih memilih yakni memilih untuk meneruskan perkahwinan atau memilih untuk berpisah.” (Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwattha’)
Kesimpulannya isteri berkenaan berhak untuk mendapat perceraian dari mahkamah syariah jika dia tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut dan dia tidak berdosa kerana meminta cerai yakni perbuatan meminta cerainya itu adalah diharuskan pada syarak.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
0 Comments