Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
---
1. Rukun Islam
Rukun Islam terdiri daripada lima perkara asas yang menjadi tunjang kepada kehidupan seorang Muslim:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat fardu lima waktu.
3. Berpuasa di bulan Ramadan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
---
2. Rukun Iman
Rukun Iman pula merangkumi enam kepercayaan asas seorang Muslim:
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada malaikat.
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah.
4. Percaya kepada para rasul.
5. Percaya kepada hari kiamat.
6. Percaya kepada qada’ dan qadar.
---
3. Rukun Solat
Terdapat 13 rukun solat yang wajib dipatuhi bagi memastikan kesempurnaan ibadah:
1. Berdiri tegak bagi yang mampu.
2. Niat.
3. Takbiratul Ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Rukuk dengan thuma’ninah.
6. Iktidal dengan thuma’ninah.
7. Sujud dua kali dengan thuma’ninah.
8. Duduk di antara dua sujud dengan thuma’ninah.
9. Duduk tahiyat akhir.
10. Membaca tahiyat akhir.
11. Membaca selawat ke atas Nabi SAW.
12. Memberi salam.
13. Tertib.
Rukun solat ini dibahagikan kepada tiga kategori:
a) Rukun Qauli (bacaan lisan)
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca tahiyat akhir
4. Selawat ke atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
5. Memberi salam pertama
b) Rukun Qalbi (niat dalam hati)
1. Niat
2. Tertib
c) Rukun Fi‘li (perbuatan)
1. Berdiri tegak (qiyam)
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk antara dua sujud
6. Duduk tahiyat akhir
Solat Sunat yang Digalakkan (Qabliyah & Ba‘diyah)
1. Subuh: 2 rakaat sebelum Subuh (amat digalakkan). Tiada solat sunat selepas Subuh.
2. Zuhur / Jumaat: 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas (amat digalakkan).
3. Asar: 2 rakaat sebelum Asar (digalakkan). Tiada solat sunat selepas Asar.
4. Maghrib: 2 rakaat sebelum (digalakkan) dan 2 rakaat selepas (amat digalakkan).
5. Isyak: 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas (amat digalakkan).
---
Wudhu’
Pengertian:
Wudhu’ ialah menggunakan air suci lagi menyucikan untuk membasuh anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
Fardu Wudhu’
1. Berniat mengambil wudhu’.
2. Membasuh muka secara rata – dari tempat tumbuh rambut hingga ke bawah dagu, dan dari telinga kanan ke kiri.
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib.
Sunat Wudhu’
1. Membaca Bismillah dan membasuh kedua tangan hingga pergelangan.
2. Berkumur tiga kali.
3. Memasukkan air ke hidung tiga kali.
4. Menyapu air ke telinga tiga kali.
5. Membaca doa selepas wudhu’.
---
Doa Selepas Wudhu’
> “Asyhadu alla ilaaha illallah, wahdahu laa syarikalahu, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu.”
Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW:
> “Barangsiapa membaca doa ini selepas berwudhu’, akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan dia boleh memilih untuk memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 234)
Kemudian sambung dengan doa:
> “Allahumm aj‘alni minat-tawwabiin, waj‘alni minal-mutathahhiriin.”
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada golongan yang menyucikan diri.
(Sahih Sunan at-Tirmizi)
Rasulullah SAW juga bersabda:
> “Perhiasan di syurga akan sampai kepada anggota tubuh seorang mukmin, seiring dengan anggota yang terkena air wudhu’.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 250)
---
Renungan Kehidupan
Tiga perkara yang tidak boleh kembali:
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Tiga perkara yang boleh menghancurkan kehidupan:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Tiga perkara yang tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Tiga perkara paling berharga:
1. Kasih sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
Tiga perkara yang tidak pernah pasti:
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Impian
Tiga perkara yang membentuk watak seseorang:
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Tiga perkara yang membawa kepada kejayaan:
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Tiga perkara yang tidak diketahui manusia:
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
Namun, tiga perkara yang pasti ialah:
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
---
Penutup
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan dan penguat jiwa kita semua dalam memperbaiki amalan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wallahu a‘lam.
0 Comments