Biar KALAH, asalkan kita TAK RUGI !!

TIPS BELI RUMAH LELONG.

1. Semak kelayakan loan betul betul sebelum bida. Kalau kita menang dan loan tak lulus jenuh nak cari duit untuk settlekn harga keseluruhan. Kalau tak boleh bayar, deposit burn.

2. Pastikan tahu apa nak buat dengan rumah tu. Jangan beli dan biar rumah tu hidup sendiri. Boleh plan siap siap nak jual (flip), nak buat sewa atau nak duduk sendiri.

3. Pergi tengok secara depan depan. Jangan percaya dengan gambar rumah dalam website. Takut tu gambar beberapa tahun yang lalu.


Kami pernah pergi view satu rumah yang bakal dilelong. Dalam gambar nampak macam okay, pergi tengok depan depan bumbung pon dah tak ada 😩

Ahh. Patah hati betul tengok realiti.

Tengok juga rumah masih ada orang duduk atau tak.

4. Buat kiraan berapa wang yang diperlukan untuk baikpulih rumah jika rumah perlu dibaiki. Minta quotation atau nasihat dari orang yang betul.

5. Sediakan wang untuk lawyer fee, valuation fee, bayaran tunggakan bil bil dan cukai.

6. Kalau rumah yang ada jmb, kena semak siap siap berapa tunggakan management fee owner. Yang ni pembeli yang kena bayar. Kena get ready siap siap sebab biasanya tinggi tunggakan tu.

7. Cek market value terkini rumah tersebut. Kemudian buat kira kira maksimum amount untuk bida. Jangan bida sampai terlebih market value selepas tambah semua kos. Rugi.

Beli rumah lelong ni guna banyak duit. Jadi buat kira kira tu sangat penting.

Jangan teruja nak menang sampai salah buat percaturan. Kalah menang itu adat dalam lelongan.

Biar kalah, asalkan kita tak rugi.


Post a Comment

0 Comments