Diam Tak Diam Sudah Pun - Sepuluh Ramadhan Terakhir !!

JOM IMARAHKAN 10 AKHIR RAMADHAN !
Orang bagi peluang hidupkan surau2 mati dengan amalan iktikaf, manfaatkanlah peluang dengan menjadi " Lailatul -Qodar-Hunters ". Jom sama2 amalkan sedekah - Satu Hengget* - setiap hari dalam tabung sumbangan - dengan hati yang ikhlas lillahi-taala.

Seandainya kena pada tarikh lailatul-qodar,
( Satu Hengget x (( 1,000 bulan bersamaan ( 83 Tahun 3 Bulan !!. ))

Ayuh anak2 lelaki. 
Para pewaris mutlak sesebuah keluarga.
Jom sama2 kita berlatih infaq satu hengget*.



CADANGAN AMALAN PADA SEPULUH RAMADHAN YANG TERAKHIR
Oleh : Fadhilatu Al-Shaykh Muhammad Nazrul Al-Azhariy 

حفظه الله تعالى.


1) Membaca Surah Al-Ikhlas ( 3 Kali )

- Mendapat pahala seperti mengkhatamkan Al-Quran setiap hari selama 84 tahun
- Al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :  
’’ أيعجز أحدكم أن يقرأ في ليلة ثلث القرآن ؟‘‘
Maksudnya : Adakah seseorang dari kalangan kalian tidak mampu untuk membaca 
sepertiga Al-Quran pada satu malam?

Para sahabat bertanya :
’’ وكيف يقرأ ثلث القرآن؟ ‘‘
Maksudnya : Bagaimana dibacakan sepertiga Al-Quran tersebut?

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ قل هو الله أحد تعدل ثلث القرآن ‘‘
Maksudnya : Membaca surah (قل هو الله أحد) menyamai sepertiga Al-Quran.

2) Membaca 100 ayat di dalam dua roka’at atau lebih ketika qiyamullail

- Dicatat oleh Allah Ta’ala di dalam kalangan Al-Qanitiin (القانتين) selama 84 tahun
- Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قام بمائة آية کتب من القانتين ومن قام بألف آية کتب من المقنطرين ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang mendirikan qiyamullail dengan membaca seratus ayat, maka dia dicatat di dalam kalangan Qanitin (mereka yang banyak beribadah), dan barangsiapa yang membaca seribu ayat, maka dia dicatat di dalam kalangan Muqanthoriin (mereka yang mendapatkan ganjaran yang tidak terkira banyaknya).

3) Membaca pengakhiran surah Al-Baqorah ( ayat 284- 286 )

- Umpama menghidupkan 30 ribu malam
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قرأ هاتين الآيتين من آخر سورة البقرة کفتاه ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang membaca dua ayat ini dari akhir surah Al-Baqorah, maka keduanya akan mencukupkannya (memadainya daripada qiyamullail).

4) Memperbanyak sedekah ( Walau Sedikit )

- Umpama bersedekah setiap hari selama 84 tahun
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من تصدق بعدل تمرة من كسب طيب ولا يقبل الله إلا الطيب وإن الله يتقبلها بيمينه، ثم يربيها لصاحبه کما يربي أحدکم فلوح حتى تکون مثل الجبل ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma dari hasil yang baik (halal) sedangkan Allah tidak menerima kecuali dari hasil yang baik, sesungguhnya Allah Ta’ala akan menerimanya dengan baik. Kemudian Allah Ta’ala akan merawatnya sehinggalah ia berkembang menjadi seperti gunung.

5) Membaca ’’ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْکَ لَه، لَهُ المُلْکُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ‘‘ ( 100 Kali )

- Umpama membebaskan 300 ribu hamba (kerana sekali membacanya umpama membebaskan seorang hamba)
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ أيما امرئ مسلم أعتق امرءا مسلما استنقذ الله من کل عضو منه عضوا من النار ‘‘
Maksudnya : Mana-mana muslim yang membebaskan seorang hamba yang muslim, maka Allah Ta’ala akan menjaga setiap anggota daripada hamba tersebut anggotanya (yang membebaskan) daripada api neraka.

6) Membaca :

’’ لا إله إلا الله وحده لا شريك له، الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، سبحان الله رب العالمين، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم اغفر لي وارحمني واهدني وارزقني ‘‘

- Umpama kedua belah tangan dipenuhi dengan kebaikan selama 30 ribu hari
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya kepada seorang arab badwi ketika dia meminta Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya satu ucapan untuk dia lazimi, maka Baginda صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepadanya kalimat ini.

7) Membaca ’’ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ ‘‘

- Dicatatkan bagi yang membacanya sebanyak 60 bilion kebaikan 
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang memohon ampun bagi orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, maka Allah akan mencatatkan baginya dari setiap seorang yang beriman dengan satu kebaikan.

8) Membaca ’’ سبحان الله ‘‘ ( 100 Kali )

- Dicatat pahala sebanyak 30 bilion oleh Allah Ta’ala atau digugurkan 30 bilion kesalahan.
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ أيعجز أحدکم أن يکسب في کل يوم ألف حسنة؟ ‘‘
Maksudnya : Adakah ada di kalangan kalian yang tidak mampu untuk mendapatkan pada setiap hari seribu kebaikan?

Salah seorang sahabat bertanya; bagaimana untuk mendapatkannya?

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم :
’’ تسبح مائة تسبيحة فتكتب ألف حسنة أو يحط عنه ألف خظيئة ‘‘
Maksudnya : Hendaklah kamu mengucapkan tasbih sebanyak seratus kali, maka akan dicatat bagi kamu seribu kebaikan (pahala) atau dihapuskan seribu kesalahan. 

9) Membaca ’’ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِه ‘‘ ( 100 Kali )

- Dianugerahkan 3 juta pohon kurma di dalam kebun syurga.
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang mengucapkan ’’ سبحان الله العظيم وبحمده ‘‘, maka akan ditanam baginya satu pohon kurma di dalam syurga.

10) Berselawat ke atas Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم ( 100 Kali )

- Dicatat baginya 3 juta pahala oleh Allah Ta’ala
- Sayyiduna Al-Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
’’ من صلى علي واحدة صلى الله عليه بها عشرا ‘‘
Maksudnya : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah ta’ala akan berselawat keatasnya sebanyak sepuluh kali.



Semoga dengan cadangan-cadangan amalan yang diberikan untuk di’amalkan pada sepuluh malam terakhir Ramadhan yang mulia ini, dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin kerana sekiranya amalan-amalan yang telah disebutkan tadi dilaksanakan dan bertepatan dengan Lailatu Al-Qadr, maka – in sya Allah – kita akan mendapatkan ganjaran seperti yang disebutkan oleh para salaf kita yang terdahulu yang kesemuanya merupakan ambilan serta sandaran daripada sabda Junjungan Agung Kita Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وسلم.

- Admin Copy Dari Admin -

Post a Comment

0 Comments