Respond Balas Certified Consultant : QUANTUM METAL EXCHANGE INC ( QMEI )

QUANTUM METAL EXCHANGE INC ( QMEI )

SC dalam kenyataan berkata, tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

"Arahan henti dan tamat ini dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyrakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.

"Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007," katanya.


Ok, berbalik semula kepada issue QMEI tadi.. 

QMEI adalah OTC company in US dan tidak salah untuk offer shares kepada sesiapa sahaja. Dan SC secara spesifik sebut “adalah salah menawarkan saham tanpa kebenaran SC dengan menggunakan QMSB iaitu entiti Malaysia yang menawarkan shares QMEI di Malaysia.”

Procedure biasa yang SC akan lakukan apabila mereka menerima report daripada beberapa individu yang menggunakan fake email dan fake identity. Bukan bermakna QMEI is a scam company ⚠️

Untuk saat ini, QMEI telah pun mengeluarkan dan menarik semula saham QMEI tersebut dari QMSB dan patuh pada arahan SC. QMEI perlu lantik badan bertauliah seperti local trustee / local brokerage firm yang berdaftar dengan SC dan submit QMEI prospectus, kemudian baru SC akan mengeluarkan approval. Dan selepas itu QMEI boleh continues to offer public Shares untuk rakyat Madani.

QM akan keluarkan official statement dan pastinya akan comply dengan arahan SC.

Untuk makluman semua, kita berada di bawah entiti Quantum Metal Sdn Bhd(QMSB). Berbeza dengan QMEI dan ia berkaitan dengan saham QMEI. Untuk GSA, GCA, GAE masih berada di dalam skop perniagaan yang boleh dibuat.

Kalau sebelum ini, haters cuba untuk provoke dan menjatuhkan QMSB tak menjadi kesalahan sebab perniagaan berasaskan emas tidak perlukan kelulusan BNM, sekarang mereka menggunakan QMEI pula. Saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan sudah cukup dengan ilmu sebelum hendak buat sesuatu simpanan di mana-mana platform termasuk di QMSB. Sebab ia melibatkan duit kita dan sewajibnya kita untuk bertanggungjawab dan ambil tahu tentang selok belok syarikat.

Tuan-tuan dan puan-puan buat simpanan di QMSB sebab tuan-tuan dan puan-puan yakin dan percaya. Bukan sebab ikut-ikut kawan atau dipaksa oleh sesiapa. Jadi, jika tuan-tuan dan puan-puan dengar dan baca news seharusnya untuk buat kajian sendiri dan bertanya dengan certified consultant untuk penjelasan.

Semoga penerangan ini membantu.


Post a Comment

0 Comments

Ulasan