KFC & Marrybrown ::: Jadi itulah skop topik kali ini, membina branding 🤣

Kenapa JCorp tak beli aja MB dan ganti rasa ayam macam KFC atau buat aja branding sendiri aja ?

---

Ada saya jumpa persoalan macam ini. Mari kita study bagaimana branding itu diusahakan.


Kita ambil jenama TupperWare. TupperWare ni ialah satu branding untuk bekas plastik. Tapi tetap orang panggil TupperWare. Maksudnya branding tersebut dah melekat. Jadi kalau TupperWare ada saingan pun , jenamanya tak lekat macam TupperWare. Jadi ayat nya akan berbunyi, alaa mak, along tertinggal 'tupperware' kat sekolah.......

Kemudian dulu ada jenama SUDI, ada juga perisa Cola, tapi jenama itu tetap gagal sebab orang ramai kalau nak beli air perisa Cola, tetap beli Coke atau Pepsi.

Jadi jenama itu memerlukan modal yang sangat besar.

Kemudian tagline, Minum Milo anda jadi sihat dan kuat....Tagline sejak zaman 80s kot...jadi dah macam otak kene set, kalau nak kuat, minum air Milo ...

Katakan satu produk baharu ada budget 1juta. 700k akan dihabiskan di branding & marketing. Maksudnya 70% budget kena dihabiskan di branding.

Jadi di situ payahnya nak mencipta satu branding yang orang sekali tengok aja , dah register dalam otak dia.

Contoh lain, ubat gigi sentiasa di kaitkan dengan Colgate, sebab branding itu continuous zaman berzaman.

Jadi branding ini bersifat global, muslim & non muslim akan guna produk tersebut. Jadi ada jaminan aliran tunai.

Kemudian mana boleh target specific group sahaja. Contoh, ada 1000 orang dalam market, takkan nak target 200 orang aja, jadi baik target kesemua 1000 orang tersebut walaupun mereka berbeza agama, etnik politik. Jadi nak target 1000 orang ini kena beralah sedikit.


Kita kembali ke KFC. Ianya satu produk global. KFC Amerika melesenkan produk dia jadi

> Resipi dirahsiakan
> Menu menu kena ikut piawai dia

Jadi franchise tak boleh suka suka ubah dan mencipta produk sendiri dengan mencuri resipi KFC.

50 tahun jenama KFC sentiasa berlegar di serata dunia, jadi setiap orang akan refer kalau nak ayam goreng, jenama KFC akan naik dulu. Kalau di Malaysia kita kenal alternatif lain, seperti MarryBrown. Tapi kalau di negara lain, adakah mereka boleh kaitkan MarryBrown sebagai satu branding berkaitan ayam ?

Jadi, di negara Arab pun jenama KFC sangat kuat dan rakyatnya dah tau sebut aja KFC Original, dah tau macam mana rasa dia ( juicy dan panas )

Kemudian kedai KFC di lokasi yang sama, katakan diubah jadi MFC ( Malaysia Friend Chicken ) tapi formula goreng ayam dah lain dengan KFC.....ianya susah nak dapat kekalkan momentum sebab kekuatan jenama tak register di negara tersebut. Macam apa yang berlaku kat SUDI.

Jadi entiti macam JCorp meletakkan risiko yang tinggi, dengan membeli terus hak KFCH dan mengawal pengeluaran dari end to end.

Orang yang makan KFC ( muslim & non muslim ) tetap makan ayam dengan resipi yang sama, yang mereka tak tahu, ayam tu datang dari mana ( sumber halal ) dan daripada ayam itu datangnya dari negara India, ianya diubah datang dari Malaysia.

Tapi itulah risiko yang kena ambil, kena aja sentimen boikot, terus runtuh aliran tunai yang cuba dibina.

Jadi di saat ini, kita akan memerhatikan sahaja empayar KFCH runtuh dan frachise berkaitan ayam yang lain akan naik, contohnya MarryBrown.

MB pun tak boleh sesukahati nak curi resipi ayam KFC yang juicy itu, hak dah dipatternkan dan bokeh kena saman sampai bankrap.

Jadi mungkin cawangan KFC yang bankrap, akan ditakeover oleh MB atau MB dengan kekuatan kewangan yang besar, beli hak KFCH dari JCorp.

Ianya tak mustahil berlaku, jadi 1400 cawangan KFC mungkin akan menjadi 1400 cawangan MB

Tak akan JCorp nak tanggung kerugian sepanjang masa.

Jadi saviornya, rangkaian perniagaan milik seorang Cina Johor menyelamatkan empayar KFCH dan meneruskan perniagaan ayam segera yang halal dan menyediakan pekerjaan yang banyak ke orang Melayu, yang diboikot oleh Bani Jawi ( ini khayalan saya kalau KFCH dah runtuh sepenuhnya )

Jadi , mari buat satu simulasi, katakanlah JCorp jual semua pegangan ke entiti lain, contohnya syarikat ABC takeover semua outlet KFC. Kemudian , JCorp buat pula brand baru, katakan BP Fried Chicken ( sempena daerah saya, Batu Pahat )

Jadi cabarannya nak naikkan brand BP Fried Chicken supaya setanding dengan KFC. Dan kena pulak keluarkan banyak modal nak jenamakan brand tersebut di luar negara.

Katakan BP Fried Chicken dibuka bersebelahan dengan KFC di negara lain, contohnya Vietnam, rasanya aliran tunai akan masuk ke BPFC atau KFC ? Syarikat induk KFC dah buat segala promosi di TV, Radio dan Internet tentang produk KFC, jadi rakyat Vietnam pun secara automatik ( minda separa sedar ) akan memilih KFC berbanding BPFC

Katakan KFC induk dah habiskan 1 billion usd untuk worldwide advertising, jumlah itulah yang JCorp nak kena belanja. Kan lagi mudah aja beli KFCH dan jihad dari pembekalan bahan asas ( ayam, etc ) tapi jenama masih kekal KFC. Orang non muslim bukannya nak boikot kalau diorang tau ayam tu ayam halal ..asalkan rasa sama dengan resipi asal.

Wah, macam skrip Games of Throne pulak ....

Apapun, saya cuma pemerhati sahaja.



Belambak Je Rasa KFC kat Pasar Malam, 
Sebab Tak Pernah Try La Tue

KONON TAK MAIN LA RASA PASAR MALAM
ABBAH KAW !

~ Pernah Dengar Cerita ? ~
Raja Tunggul !

episod terakhir berjudul
Kitalah Si Kambing Hitamnya

Googlelah - Syiok Ooo
FAHAMKAN ?!!





Post a Comment

0 Comments