Text Lengkap Doa Pilihan Di Hari Jumaat

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ



Ya الله, janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.


Ya الله, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.


Ya الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.


Ya الله, jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan. Ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.


Ya الله, kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya. Permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.


Ya الله,  tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh. Kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.


Ya الله,  kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah. Terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.


Ya الله,  perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur. Tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. Peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.


Ya الله,   sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah,   janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman,  berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.


Ya الله, Ya Rahman,  tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..  Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..


“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.
Artinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu”


Dan

Ya الله,  kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ


Ya الله,  Ya Ghaffar   ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,

Amiin

Nota : Janganlah kita berputus asa dengan Allah. Ada masa, kita dah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi duit kita masih tidak cukup. Kita cek balik relationship kita dengan Allah. Mungkin ada kurang. Mungkin sedekah kita pun, kita masih berkira-kira. Kita kira rezeki kita ikut logik akal kita. Padahal urusan pemberian rezeki ti adalah urusan Allah. Kita buat sahaja kerja kita dan kita buat sahaja apa yang Allah suruh. Biarkan Allah buat kerja Allah. Kita tak perlu nak buat kerja Allah. Semoga saya, anda dan kita semua Allah keluarkan dari segala hutang dan masalah kita, dunia dan akhirat.

Post a Comment

0 Comments