TIPS : Tindakan Susulan Berikutan Kemalangan Yang Disebabkan Oleh Halangan di Lebuhraya.

Langkah demi langkah, tindakan susulan apabila berlaku kemalangan berpunca daripada objek seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain atau apa sahaja.

Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi.

Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...Tahukah anda...kita boleh claim dengan pihak PLUS ??.

SEMUA KENDERAAN YANG MENGGUNAKAN DAN MELALUI LEBUHRAYA ADALAH DIINSURANSKAN !!!.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah :

1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 ( ada di belakang kad touch n go atau tiket transit )

2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerakkeluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus ( www.plus.com.my ).

4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak PLUS akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak PLUS akan ambik gambar bukti kenderaan anda.

5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.

6. Kemukakan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.

7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar. Berdasarkan pengalaman sndiri.

( FB : adieM7Kedah )

Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan