Breaking

08 March 2013

Lirik Lagu : Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Dalam hati tidak ku lupa
Bagaikan rambut disimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun bertemu juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .

Adbox