MERS 999 / Agensi – Agensi Terlibat



POLIS

http://www.rmp.gov.my/
Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

BOMBA

http://www.bomba.gov.my/
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

HOSPITAL

http://www.moh.gov.my/
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

JABATAN PERTAHANAN AWAM

http://www.civildefence.gov.my/ 
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:
  1. Latihan kepada Orang Awam
  2. Sistem Amaran Bencana
  3. Pusat-pusat Perlindungan
Respond Kepada Bencana:
  1. Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
  2. Perkhidmatan Kecemasan
Pemulihan:
  1. Pembersihan
  2. Pembangunan Semula

MARITIM

http://www.mmea.gov.my/
1- Menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna.
2- Mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian yang ditetapkan.
3- Mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan.
4- Mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama  dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Post a Comment

0 Comments

Ulasan