Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
26 October 2012

Sajak Sinis ( Memperingati ) / Daripada Seorang Kanak-Kanak Pintar Genius Anugerah Ilahi / Bertajuk : "Aku Berfikir International" : Bernama Adik Adi Putra

Akulah Adi Putra,
Melayu tidak pernah LUPA,

Duduk Tahun Satu rasanya tersiksa,
Tiada siapa peduli,
Tetapi aku bisa bedakan,
Ilmu ALLAH bagi dan,
Ilmu diajar GURU bermula dengan,
'A','B','C' , 'one','two','three' , 'alif','ba','ta',

Di mana trillion di manakah billion,
Di mana Tahfiz Al-Quran,
Di mana doa2 Para Nabi Para Wali,
Untuk apa AKU disini,

Aku berfikir rasional,
Aku berfikir international,
Pandai aku bijak aku comel aku,
Hanya untuk ditonton diuji dan dipuji,
Aku malu,
Alangkah ruginya mereka,
Untuk apa semua ini,
Di mana mata-hati mereka ?,

"Pujian Biar Bertempat",
"Marah Biar Bersopan",
"Kurang Ajar Biarlah Berbudi Bahasa",

Tersirat mereka tak nampak,
Tersurat sahaja mereka lihat,
Di mana silapnya,

Rasulullah memimpin Ummah,
Hebatnya Baginda,
Pimpinlah aku,
Doakanlah aku,

Aku punya cita-cita,
Aku punya idola,
Barangkali aku kecil mereka,
Hanya KETAWA,

Allah Maha PERKASA,
Tahfiz Al-Quran itu HEBAT,
Hafaz Yaasin itu PENERANG HATI,
Matematik itu TUNJANG ILMU,

Ayuh bangsaku !!! BANGUNLAH,
Kita bertemankan ISLAM,
Kita penuhkan ilmu di dada,
Kita jadikan Melayu hebat di persada dunia,
Bersamaku Adi Putra,
Akulah modal insan,
ANAK MELAYU JATI,
Wawasan 2020,

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia",
Pantang Melayu menderhaka pada Sultannya,
Pemuda harapan bangsa,
Pemudi tiang negara,

Mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi ?,
Sejengkalpun tanahairku dijajah !!!,
"Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata" ...



Sekian.


Sumber : www.hardyw3b.wordpress.com ( thanks )



> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Perkongsian & Hebahan Info Trafik / Lencongan / Penutupan Jalan / Kemalangan ( atau perilaku Jenayah di Jalanraya/Lebuhraya ) Seluruh Semenanjung Malaysia.
Rancang Perjalanan Anda, Hati-Hati Memandu & Selamat Memandu.
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA DIBERITAHU !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .