Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
18 October 2012

Perkara-Perkara Yang MENGERATKAN Persahabatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya :-


" Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan MENYEDIAKANNYA tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta PANGGILLAH ia dengan nama yang paling disenanginya".


i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.


ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.


iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Hadith Riwayat : Al-Tabrani

Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .