Penggunaan Google Maps

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia...

Penggunaan Google Maps sebenarnya antara satu peluang baik bagi semua pengguna telefon pintar. Malangnya, masih ramai diantara warga Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan yang ditemui ( Jejak Kasih ) enggan mempelajarinya.

Sekalipun kita berada di Malaysia, serba sedikit arah perjalanan luar negara mampu kita ketahui dengan Google Maps.
( Maksudnya ... Walau kita berada dalam negara, jalan-jalan diluar negara pun kita boleh tau serba sedikit. Inikan pula jalan-jalan sekitar dalam negara !. Apalah sangat !!! ).

Bagi pengguna yang mencari lokasi tidak pernah dituju juga boleh menggunakan Google Maps. Caranya cukup mudah walau adakalanya menyusahkan ( bila internet melingkup atau kredit dan bil tidak dibayar dengan baik ).

Namun, harus diingat, perkhidmatan PERCUMA biasanya tidak sebaik perkhidmatan BERBAYAR !!!. Walaupun demikian bak pepatah lama "Daripada tidak ada, baik ada".

Seperkara lain yang sangat perlu diambilkira ialah kelewatan Google Maps menunjukkan arah jalan. Katakan anda ingin ke Kuala Kangsar dari Kuala Lumpur, arah laluan akan dipamerkan dengan tanda biru.

Apa yang perlu anda buat hanya gerakkan kenderaan anda meniti laluan bertanda biru. Anak panah di Google Maps akan bergerak mengikut pergerakan kenderaan anda.

Mungkin perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar itu terlalu mudah atau biasa bagi yang sudah mahir. Bagaimana pula kalau dari Kuala Kangsar ke Lempor!!! , antara daerah terpencil dalam Daerah Kuala Kangsar.

Atau anda dari Tangkak menuju ke sebuah kilang bernama TAKASO di Muar. Bagi yang sudah biasa, memang tidak akan timbul masalah. Bagaimana kalau-kalau ada antara kita yang mencari IKM Sik dari Johor, menghantar anak buat pendaftaran ?.

Cara mudah, telefon tanya jalan "Malu Bertanya Sesat Jalan" kata orang-orang tua. Kini lebih mudah, bertanya terus ke rakan-rakan Komuniti PTT. Kalau ada yang menyambut. Alhamdulillah lega...macammana kalau tak ada yang respond ?. Yang tahu tapi tak ONLINE, yang ada pun tak tau nak tolong.Adakalanya keupayaan Google Maps akan membantu bila anda terperangkap dalam situasi tersebut.

Adalah sangat diharapkan buat rakan-rakan agar dapat turun dari kenderaan, bertanya dengan orang tempatan. Adakalanya, orang yang kita tanya hanya buat-buat Pandai...( Pernahkah anda ditunjukkan jalan, tapi arah jalan yang ditunjuk adalah SALAH !!! - Sakitnya hati. ). Jadi berhati-hati ketika bertanya. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang tempatan.

Buat anda yang teringin mengetahui, cara-menggunakan Google Maps boleh calling-calling atau berhubung dengan rakan di Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan. Rata-rata, rakan moderator adalah mereka yang mahir menggunakan Google Maps.

Selamat Mencuba, Hati-Hati Memandu dan Selamat Memandu.

Renung-Renungkan & Selamat Beramal
( "Bukan Kena Bayar Pun Kalau Angkat Tangan" )


> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Perkongsian & Hebahan Info Trafik / Lencongan / Penutupan Jalan / Kemalangan ( atau perilaku Jenayah di Jalanraya/Lebuhraya ) Seluruh Semenanjung Malaysia.
Rancang Perjalanan Anda, Hati-Hati Memandu & Selamat Memandu.
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA DIBERITAHU !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments