Langkah Penambahbaikkan Etika BerPTT

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia...

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kehadrat yang Maha Mengasihani, hari demi hari semakin bertambah rakan kenalan di Channel : Lebuhraya Utara-Selatan. Walau jauh di mata namun dekat di hati.

Walaubagaimanapun, Rakan Pengurusan Channel + Rakan-Rakan Moderator Channel ( Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan / KPTTLUS ) masih mengharapkan ianya semakin baik sehari ke sehari.

Kod Etika BerPTT yang disalurkan oleh Rakan Pengurusan Channel ( DVT-Kechubong + 8888 JJ + SPT.Penang.MY ) suatu ketika dahulu hampir berjaya. Namun, masih kurang memberangsangkan. Kod Etika BerPTT ini adalah menjurus kepada penggunaan PTT yang berhemah. Merangkumi :- Awal-Laporan hinggalah Tamat-Laporan.

Berikut adalah antara bayang-bayang / garis panduan yang diperbincangkan. Walaupun masih lagi belum mendapat kataputus yang khusus, Etika ini telahpun diguna pakai oleh sebilangan besar Pengguna PTT Zello di dalam Channel : Lebuhraya Utara-Selatan terutamanya dikalangan Rakan Pengurusan + Rakan Moderator.


> Penggunaan CallSign Khusus

Format CallSign :

Cth : " 43650-SGR-NamaPengguna "

Maksud : PoskodLokasi-Negeri-NamaPengguna

> Etika Menghantar INFO

Format :

1. Dimula dgn ( UcapSalam ( Muslim ) / UcapSelamat ( Non-Muslim )

2. " INFO x2 " + " bla..bla...bla....bla....
( Mesej Dari Penghantar - Pastikan Ringkas & Padat ) "

3. Disudahi dgn Roger / Ganti / Dapat / Terima / Over atau apa-apa jua yang difikirkan LAYAK sebagai tanda Tamat-Lapor.

4. FREEZE - 1, 2, 3 ... ( Diikuti dengan Mesej berikutnya )

Nota :

Untuk sebarang hebahan Info-Bergambar, sila E-mel kepada ( komuniti.ptt.lus@gmail.com ) atau guna perisian "WhatsUp" dan hantarkan kepada nombor 017-697-5173.

Mesej anda akan dihantar terus ke Blog-Komuniti untuk disebarkan secara Automatik ke 1 Akaun-Twitter + 7 Akaun Facebook + 1 Facebook FanPage.

( Kekuatan SEBARAN ketika ini adalah XX Twitter, 5000 Facebook User Bagi Setiap Akaun Facebook, XX Facebook Fanpage ) - Ianya KEKAL PERCUMA.

" Jariah adakalanya TIDAK perlu minta IZIN ".

> Etika Meminta INFO

Format :

1. Dimula dgn ( UcapSalam ( Muslim ) / UcapSelamat ( Non-Muslim )

2. " Minta-INFO x2 " + " bla..bla...bla....bla....
( Mesej Dari Orang-Meminta - Pastikan Ringkas & Padat ) "

3. Disudahi dgn Roger / Ganti / Dapat / Terima / Over atau apa-apa jua yang difikirkan LAYAK sebagai tanda Tamat-Lapor.

4. FREEZE - 1, 2, 3 ... ( Diikuti dengan Mesej berikutnya )

> Etika Respond Kepada Orang-Meminta INFO

Beri Keutamaan :

>>> 1st Channel Informer ( CallSign : 8888 JJ )
>>> Moderator-Moderator Channel
>>> Rakan Di Lokasi

Moderator =
> Pengguna Paling Kerap ONLINE Di Channel
> FAHAM Tujuan Channel Diwujudkan
> Mahir Mengguna " SUMBER-Info "
> Pemandu TETAP Laluan Lebuhraya Utara-Selatan
> Pengguna Mahir Peralatan ICT / Gadget-Komunikasi

Format :

1. Dimula dgn ROGER + Nama Orang-Meminta

2. " bla..bla...bla....bla.... ( Mesej-Anda - Pastikan Ringkas & Padat ) "

3. Disudahi dgn Roger / Ganti / Dapat / Terima / Over atau apa-apa jua yang difikirkan LAYAK sebagai tanda Tamat-Lapor.

4. FREEZE - 1, 2, 3 ... ( Diikuti dengan Mesej berikutnya )

Semoga Kod Etika BerPTT ini bakal menjadikan komunikasi di Channel Lebuhraya Utara-Selatan lebih teratur, kemas dan tertib tersusun.

Insya-ALLAH , Amin.

Sekian, Wassalam.



Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments