Riuh Rendah Channel : Lebuhraya Utara-Selatan Bercerita Tentang Kehabisan Stok Diesel.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Riuh rendah hari ini, stesen petrol sekitar lembah kelang kehabisan stok diesel. Rata-rata pemandu kenderaan "moto-lori" pening kepala. Dari satu pump-station ke satu yang lain ( tapi hampa sebab semuanya tiada bekalan ).

Berikut adalah petikan yang diambil dari Sinar Harian.

Lembah Klang, Johor dan NS habis bekalan diesel
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: September 28, 2012

KUALA LUMPUR - Bekalan diesel dilaporkan terjejas di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang, Johor dan Negeri Sembilan berikutan kehabisan kuota bahan bakar itu untuk bulan ini.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Hashim Othman berkata, anggota persatuan di kawasan terjejas memaklumkan kepada pihaknya tentang ketiadaan bekalan diesel itu sejak petang semalam.

"Namun bekalan di stesen minyak di sepanjang lebuh raya mencukupi," katanya kepada Bernama.

Beliau menegaskan, situasi itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian panik oleh pengguna terutama menjelang pembentangan Bajet 2013, hari ini.

"Kehabisan kuota lebih awal pada bulan ini (hari ini baru 27 September) mungkin disebabkan kuota tidak cukup atau mungkin juga berlaku ketirisan dan ia tiada kaitan dengan bajet," katanya.
 
Hashim berkata kuota diesel yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengusaha stesen minyak adalah berbeza mengikut penggunaan pada setiap bulan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha stesen minyak perlu mengemukakan permohonan kepada KPDNKK sekiranya kuota yang diberikan telah habis. - Bernama
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan