Jenayah Siber ( Cyber Crime )

Sejak kebelakangan abad ini, pelbagai jenis dan bentuk jenayah ( penipuan ) atas talian sering kita dengar.

Kenapa ye ? . Salah dia atau salah kita ? . Mungkinkah kerana kita-kita atau kalangan kita mudah terpedaya dalam auta ( kata-kata manis ) mereka-mereka.

Kesian rasanya bila TV3 memaparkan seorang warga Malaysia ( wanita ), diperdaya oleh "Awang Hitam". Mula-mula mereka-mereka minta RM 10,000. Alhamdulillah, dek sebab x cukup di baginya cuma RM 7,000.

Atas sebab percaya, ( kepercayaan yang terlalu melampau - agaknya ), berlanjutan sekian lama. Namun, yang tak berapa best di dengar, duit nak kerjakan Haji ( untuk bergelar Hajjah ), lesap di serahkan semuanya.

Bila dah semakin lemak ( tak pasti apa punca - tuan badan lebih mengetahui ), alamat rumah dikongsi-kongsi dengan orang tidak di kenali ( kenallah sekadar dalam talian Facebook atau sebagainya ).

Bila segala diberi...lemak makin menjadi-jadi...mintak itu ini...sampai tak tau apa nak bagi...bila dah akrab memang rasa sayang tu pelampau...marah dan tinggi suara itu pasti.

Apa yang menyedihkan, wanita ini dipaksa berterusan memberi wang...sampaikan niaga yang dibina hancur berkecai. Allahurobbi, tinggi betul dugaan yang diterima. Anak-anak pula diancam, diri sendiri diugut bunuh.

Entah macamana, yang paling menyedihkan...tidak pula dia berhubung dengan PDRM, Imigresen, Lapangan Terbang yang juga ada di Facebook. Kalaulah dia menaip sesuatu di FanPage jabatan berikut, mungkin penipuan tersebut tidak mencapai angka RM 60,000 !!!.

SubhanAllah, banyak tu ... Kalau la dapat disedekah jariah, mmm ...mesti ramai yang mendoakan kesejahteraan kita.

Apapon nasi dah menjadi bubur. Apa yang di minta dah pun diterima. Kelibat, bayang atau batang hidung haram tak nampak dah. Bila semua dah dicuba, yang menganiaya pun dah hilang entah ke mana. Muncullah cerita di TV3!.

Peringatan :-

Laman sosial Facebook tetap ada baiknya walau dalam cerita ni nampak bagai tersohor ketidakbaikkannya. Atas diri kita semuanya. Adakala kita bersedia, dalam sedar kita tak langsung perasan sedang ditipu ( atau cubaan penipuan ).

Keraplah berhubung dengan orang yang bertugas di jabatan kerajaan, terutama yang melibatkan Kemasukan/TindakTanduk/Perilaku atau apa sahaja tentang "Awang Hitam". Manalah tau dengan bertindak sedemikian, setiap langkah kita sentiasa berada di laluan yang betul.

"Bercakap memang mudah, namun yang susah itu melaksanakannya, apa pun yang paling susah itu adalah Istiqomah."

Semoga menjadi peringatan untuk semua. Saya, Dia, Mereka dan Kita.

Wallahua'lam.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments