KPTTLUS Malaysia

Komuniti PTT Zello • Lebuhraya Utara-Selatan • Hebahan Trafik Sahih

Portal Rasmi Zello

24/7

Hebahan

PTT

Zello

PLUS

Trafik

MY

Komuniti

Mengenai KPTTLUS

Komuniti sukarelawan menyalurkan maklumat trafik melalui suara menggunakan aplikasi Zello.

Sumber Rasmi

Maklumat berdasarkan agensi kerajaan, pengendali lebuhraya dan sumber yang diperakui.

Mesra Telefon

Reka bentuk pantas, responsif dan sesuai untuk Blogger.

Pendaftaran Ahli Baharu

Facebook newsfeed post by: Rosli Honda Cbx

Rosli Honda Cbx shared the following link and had this to say about it:

Talipon yang tahan lasak

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=352966351460247&set=a.294140620676154.67209.262734543816762&type=1
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Lembaga Lebuhraya Malaysia

Lembaga Lebuhraya Malaysia wrote:

9.46pm PLUS@Selatan: Trafik masih perlahan dari Nilai ke arah Seremban ekoran kemalangan di KM 275.1
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Myra Stelle

Myra Stelle wrote:

Perempuan yang menangis bila putus cinta adalah perempuan yang ikhlas menyayangi kekasihnya , bukan untuk meminta simpati dari mereka . ;) <3

~ copy
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Persatuan Bangsa Johor

Persatuan Bangsa Johor shared the following link and had this to say about it:

SALAH EJA DAAA..

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam m
ereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah...

"Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=477035868994453&set=a.141393682558675.19749.140950939269616&type=1&relevant_count=1
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Belajar Ilmu Hadist

Belajar Ilmu Hadist wrote:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wa salam berkata: "Sesungguhnya Allah Ta'ala akan menangguhkan", maksudnya mengulur atau menunda. Allah Ta'ala berfirman,

وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لأََِنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
"Janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka bahwa penangguhan Kami terhadap diri mereka itu lebih baik bagi diri-diri mereka, hanya saja Kami menangguhkan mereka agar bertambah dosa mereka dan bagi mereka adzab yang menghinakan." (Ali-'Imran: 178)
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Aki Cheka Damak

Aki Cheka Damak wrote:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

اسْتَعِيْذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

"Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur (diulangi sampai 2/3 kali)." Kemudian Rasululah ? berdo'a:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari adzab kubur (sampai 3 kali)."
Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam menggambarkan keadaan orang mu'min dengan dibentangkan tikar dari al jannah, dikenakan pakaian dari al jannah dan dibukakan pintu baginya ke arah al jannah yang mendatangkan aroma harum, serta diperluas tempatnya di alam kubur seluas mata memandang. Sebaliknya keadaan orang kafir, maka dibentangkan baginya tikar dari neraka, dibukakan pintu yang mengarah ke neraka yang mendatangkan panas dan aroma busuk, serta disempitkan tempatnya di alam kubur sampai tulang belulangnya saling merangsek. (H.R. Abu Dawud 2/281 dan lainnya)
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Riuh Rendah Channel : Lebuhraya Utara-Selatan Bercerita Tentang Kehabisan Stok Diesel.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Riuh rendah hari ini, stesen petrol sekitar lembah kelang kehabisan stok diesel. Rata-rata pemandu kenderaan "moto-lori" pening kepala. Dari satu pump-station ke satu yang lain ( tapi hampa sebab semuanya tiada bekalan ).

Berikut adalah petikan yang diambil dari Sinar Harian.

Lembah Klang, Johor dan NS habis bekalan diesel
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: September 28, 2012

KUALA LUMPUR - Bekalan diesel dilaporkan terjejas di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang, Johor dan Negeri Sembilan berikutan kehabisan kuota bahan bakar itu untuk bulan ini.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Hashim Othman berkata, anggota persatuan di kawasan terjejas memaklumkan kepada pihaknya tentang ketiadaan bekalan diesel itu sejak petang semalam.

"Namun bekalan di stesen minyak di sepanjang lebuh raya mencukupi," katanya kepada Bernama.

Beliau menegaskan, situasi itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian panik oleh pengguna terutama menjelang pembentangan Bajet 2013, hari ini.

"Kehabisan kuota lebih awal pada bulan ini (hari ini baru 27 September) mungkin disebabkan kuota tidak cukup atau mungkin juga berlaku ketirisan dan ia tiada kaitan dengan bajet," katanya.
 
Hashim berkata kuota diesel yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengusaha stesen minyak adalah berbeza mengikut penggunaan pada setiap bulan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha stesen minyak perlu mengemukakan permohonan kepada KPDNKK sekiranya kuota yang diberikan telah habis. - Bernama
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Bagaimana cara untuk semak Warranty ( Acer Malaysia ) / How do I check my Acer Laptop Warranty ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hihihi...kebetulan malam-malam ada seorang sahabat telefon, bertanyakan warranty untuk notebook yang dibeli. Malangnya bila ditanya bila beli, katanya tak ingat.

Memanglah tidak ada kena mengena dengan Lebuhraya Utara-Selatan atau Zello PTT. Tapi, sekadar satu perkongsian. Hahaha...jadi, adalah baiknya dia semak terus secara online.Berikut adalah pautan untuk menyemak warranty produk Acer ( Malaysia ).

Selamat mencuba...

>>> https://www.acer-apac.com/acer_web/

Sekian.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Hebahan Penggunaan Perisian Zello Sebagai Medium PTT di Channel Lebuhraya Utara-Selatan

Download Perisian PTT Termasyhur di www.zello.com ( PC, Mac, Iphone, Blackberry, Andriod ).

Sertai Komuniti PTT
( Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ) -

Kini mencapai 15,000++ Capaian Pengguna Pelbagai Gadget Telekomunikasi.

Sebarang sebaran Info Roadblock & Speedtrap Adalah DILARANG atau Anda Disingkirkan Dari Jaluran.

Dengarkan Perkongsian :-

Info Trafik / Penutupan Jalan / Lencongan atau Kemalangan-Kemalangan Yang Mungkin Mengganggu Jadual Perjalanan Anda Bagi Bandaraya Utama

( Keutamaan : Lebuhraya Utara-Selatan ).

Bantu dan terus membantu demi kebaikkan akan datang.

Mungkinkah...kenderaan yang anda guna dipecahkan orang ?.

Mungkinkah rakan PTT Lebuhraya Utara-Selatan sudah menghebahkan namun anda terlepas berita ?.

Mungkinkah pelaku jenayah berada sekitaran anda tetapi anda gagal berbuat sesuatu walaupun hanya dengan mendail 999 kerana anda terlepas hebahan ?.

Apalah gunanya ada smartphone tapi tidak smart.

Ayuh !!!, sertai kami. Tiada sebarang bayaran.
( Jariah Adakalanya TIDAK Perlu Minta Izin ).

Cukup hanya dengan sebarang capaian internet sekitaran anda.
( Apalah Ertinya Smartphone Kalau Tiada Internet ).

" Ikhlas Itu Datangnya Dari Hati, namun, Yang Menentukan Keikhlasan Kita Bukan Sesiapa tetapi Dia Yang Maha Mengetahui. "

Daripada : Komuniti PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan ( www.kpttlus.blogspot.com )

Sekian. Terima Kasih.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Biar "Itu" Asalkan "Ini"

Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Jom Streamyx

PEREMPUAN lebih suka mengaku dah BERPUNYA sedangkan masih SINGLE. Berbanding LELAKI yang sentiasa mengaku SINGLE walaupun anak dah dua.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Facebook newsfeed post by: Ralp ArePiece

Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorg kamu hingga dia mengasihi saudara Islamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Sekadar Suatu Perkongsian - :)

Menghisap payudara membantu mengurangkan risiko terkena kanser payudara



Dalam satu kenyataan dari BlackBerry Messenger (BBM), bertarikh 19 Mac 2011, pencegahan kanser payudara sebenarnya boleh dilakukan dengan membiarkan pasangan menghisapnya secara berterusan.

Dalam tempoh beberapa dekad akan datang, mungkin ramai wanita akan sanggup mengupah lelaki untuk menhisap payudara mereka !!

Ini berdasarkan data yang diperolehi dari BBC and Jabatan Kesihatan Britain. 

BBC - Doktor menyarankan wanita agar membiarkan pasangan masing-masing menghisap payudara mereka secara berjadual dan berterusan dengan tujuan untuk mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Payudara harus dihisap sekerap mungkin oleh pasangan secara berjadual kerana ianya akan membantu wanita melawan serangan kanser payudara yang semakin meningkat peratusan penghidap di seluruh dunia.

( Sekadar Suatu Perkongsian )
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Sertai Kami Sebagai Rakan Moderator.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Berikut adalah senarai moderator channel Lebuhraya Utara-Selatan yang dikemaskini sehingga hari ini.

Rakan moderator mewakili negeri masing-masing adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Perkara yang amat dititikberat dalam pemilihan ini adalah merujuk kepada beberapa perkara, sama ada tersurat mahupun tersirat.

Antaranya :-

Peka terhadap keadaan yang berlaku kepada channel yang diamanahkan.

Mahir menggunakan Sumber-Sumber Informasi yang disedikan oleh pihak berkuasa ( mana yang berkenaan ).

Mampu berinteraksi dengan pengguna lain tanpa menimbulkan suasana huru-hara.

Memahami motif utama dan motif sampingan kenapa jaluran ini diwujudkan.

Mampu mengendali situasi huru-hara di dalam channel dengan pelbagai cara dan kaedah walaupun berada sendirian di dalam channel.

Tiada sebarang bayaran akan diterima buat semua moderator termasuk Tuan Tanah !!!. ( Jariah Adakalanya Tak Perlu Mintak Izin ).

Keikhlasan bekerjasama di dalam mengelak medium-jaluran ini menjadi pemudah-cara kepada sebarang perilaku jenayah amatlah dititikberatkan.

Mampu menasihati pengguna lain agar mematuhi Etika Ber-PTT semasa di dalam channel. Seterusnya mampu "memblock" sekiranya didapati sah mengganggu pengguna channel yang lain.

Mahir adalah sebaiknya, tahu adalah sekurang-kurangnya. Penukaran Huruf kepada Perkataan ( Kod Alpha ) dalam Penggunaan PTT / Walkie-Talkie / Radio.

Masa beraksi dan berinteraksi adalah bebas. Tiada sebarang syarat khas setakat ini diwajibkan, apa pun diharapkan setiap Moderator mempamerkan CallSign setiap hari di channel.

Sekiranya anda berminat menyertai kami. Mohon kerjasama menghubungi rakan-rakan moderator channel yang terawal iaitu :-

1. DVT Kechubong,
2. 8888 JJ dan
3. SPT.Penang.MY



Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspots yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut.


Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Jenayah Siber ( Cyber Crime )

Sejak kebelakangan abad ini, pelbagai jenis dan bentuk jenayah ( penipuan ) atas talian sering kita dengar.

Kenapa ye ? . Salah dia atau salah kita ? . Mungkinkah kerana kita-kita atau kalangan kita mudah terpedaya dalam auta ( kata-kata manis ) mereka-mereka.

Kesian rasanya bila TV3 memaparkan seorang warga Malaysia ( wanita ), diperdaya oleh "Awang Hitam". Mula-mula mereka-mereka minta RM 10,000. Alhamdulillah, dek sebab x cukup di baginya cuma RM 7,000.

Atas sebab percaya, ( kepercayaan yang terlalu melampau - agaknya ), berlanjutan sekian lama. Namun, yang tak berapa best di dengar, duit nak kerjakan Haji ( untuk bergelar Hajjah ), lesap di serahkan semuanya.

Bila dah semakin lemak ( tak pasti apa punca - tuan badan lebih mengetahui ), alamat rumah dikongsi-kongsi dengan orang tidak di kenali ( kenallah sekadar dalam talian Facebook atau sebagainya ).

Bila segala diberi...lemak makin menjadi-jadi...mintak itu ini...sampai tak tau apa nak bagi...bila dah akrab memang rasa sayang tu pelampau...marah dan tinggi suara itu pasti.

Apa yang menyedihkan, wanita ini dipaksa berterusan memberi wang...sampaikan niaga yang dibina hancur berkecai. Allahurobbi, tinggi betul dugaan yang diterima. Anak-anak pula diancam, diri sendiri diugut bunuh.

Entah macamana, yang paling menyedihkan...tidak pula dia berhubung dengan PDRM, Imigresen, Lapangan Terbang yang juga ada di Facebook. Kalaulah dia menaip sesuatu di FanPage jabatan berikut, mungkin penipuan tersebut tidak mencapai angka RM 60,000 !!!.

SubhanAllah, banyak tu ... Kalau la dapat disedekah jariah, mmm ...mesti ramai yang mendoakan kesejahteraan kita.

Apapon nasi dah menjadi bubur. Apa yang di minta dah pun diterima. Kelibat, bayang atau batang hidung haram tak nampak dah. Bila semua dah dicuba, yang menganiaya pun dah hilang entah ke mana. Muncullah cerita di TV3!.

Peringatan :-

Laman sosial Facebook tetap ada baiknya walau dalam cerita ni nampak bagai tersohor ketidakbaikkannya. Atas diri kita semuanya. Adakala kita bersedia, dalam sedar kita tak langsung perasan sedang ditipu ( atau cubaan penipuan ).

Keraplah berhubung dengan orang yang bertugas di jabatan kerajaan, terutama yang melibatkan Kemasukan/TindakTanduk/Perilaku atau apa sahaja tentang "Awang Hitam". Manalah tau dengan bertindak sedemikian, setiap langkah kita sentiasa berada di laluan yang betul.

"Bercakap memang mudah, namun yang susah itu melaksanakannya, apa pun yang paling susah itu adalah Istiqomah."

Semoga menjadi peringatan untuk semua. Saya, Dia, Mereka dan Kita.

Wallahua'lam.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Tukarkan Huruf Kepada Perkataan.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Berikut adalah Kod Alpha dalam menukarkan Huruf kepada Perkataan. Salah satu tujuan penggunaan kod ini adalah untuk mengelakkan Pertindihan Huruf ketika percakapan dilontarkan semasa komunikasi menggunakan Walkie-Talkie atau PTT.

A : Alpha / B : Bravo / C : Charlie / D : Delta / E : Echo / F : Foxtrot / G : Golf / H : Hotel / I : India / J : Juliet / K : Kilo / L : Lima / M : Mike / N : November / O : Oscar / P : Papa / Q : Quebec / R : Romeo / S : Siera / T : Tango / U : Uniform / V : Victor / W : Whiskey / X : X-Ray / Y : Yankee / Z : Zulu

Jemputlah hafal. Mudah & Memudahkan. Hari ini dan moga hari akan datang.

Penggunaan ?.

Katakan anda ingin buat semakan Saman Trafik di Channel : Lebuhraya Utara-Selatan bersama Rakan PTT Zello ( CallSign : SiLent_DaD ).

Papa Kilo Romeo 1234
= PKR 1234

( Juga boleh digunakan untuk tujuan kehilangan/carian kenderaan sama ada hilang/dicuri/disamun/diculik/ dan sebagainya )

Selamat Mencuba . Kongsi2.KongsiKitaGergasi.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Zello PTT . Channel : Pagar Desa Sepang

Komuniti PTT Pagar Desa ( Sepang ), adalah kelompok rakan komuniti PTT di bawah Induk "Pagar Desa", komuniti ini terlibat secara langsung di dalam perkongsian info perlakuan jenayah di dalam masyarakat sekeliling. Terutama daerah Sepang dan sekitarannya.

Info lanjut sila klik di Komuniti Kerjasama ( Side Logo ). Terima Kasih.

Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Kesahihan Tidak Pasti !!! Bila ALLAH Beri Kita Amaran.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berikut hanyalah foto yang ingin dikongsikan buat tatapan rakan-rakan.
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

- - : : HARTA vs ILMU : : - -

HARTA - Peninggalan Firaun, Qarun & kuncu2nya (seumpamanya)
ILMU - Peninggalan para Anbiya'

HARTA - Terpaksa dipelihara
ILMU - Memelihara kita

HARTA - Banyak harta, banyaklah musuh
ILMU - Akan lebih banyak rakan & taulan jika semakin banyak ilmu

HARTA - Akan berkurang apabila dibelanjakan
ILMU - Akan bertambah

HARTA - Orang yang berharta kadang2 digelar sbg org bakhil
ILMU - Orang berilmu akan dimuliakan

HARTA - Terpaksa dipelihara daripada dicuri
ILMU - Tidak perlu terpaksa dipelihara daripada dicuri

HARTA - Orang yg mempunyai harta akan dihisab
ILMU - Memberi syafaat kepada tuannya

HARTA - Lama kelamaan akan binasa
ILMU - Tidak akan binasa

HARTA - Akan menjadikan seseorg itu keras hatinya
ILMU - Sebagai penerang & penawar hatinya

HARTA - Manusia kadang2 menjadikan harta sebagai Tuhan
ILMU - Menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan & kehambaan kpd Tuhannya..

:)
Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

KPTTLUS : Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan - " Kami Bukan Tak tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Subscribe Us

Ilmu Akhir Zaman

Harga Bitcoin Hari Ini

✓ Kami Lepak Sini

BBNU Biz !

. 🔥 Cara Pantas - Diam², Buat Duit !! . . Bantuan Segera ? Cepat !!! ❤️Whatsapp ✓ 60134500320 .