Sembang isteri² yang baru kenal. Dont judge just read and ambil iktibar.


Saya kenal seorang mak ni, sentiasa kemas pemakaian dengan baju kurung. Bertukar nombor phone dan socmed. Tapi pandangan dia kosong. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi seolah² jasad je ada. Tapi jiwa, emosi dia zero. Satu hari, saje ajak lepak mengopi lepas hantar anak sekolah. Sarapan sama2. Saya tak tahulah kenapa mulut pon takde insurans, pergi tanya lepas sembang kosong tuh.
Akak, akak okeyh ke?

Akak tu tengok saya then dia diam. Then dia tunduk. Bila dia angkat balik muka, she is crying.
Air mata dia turun nonstop. Kat warung breakfast weyh. Nasibla meja kat luar and ceruk jugak. Saya bukan jenis pandai pujuk. Kalau  nasihat pon jenis takde tapis. Memang saya diam je. Tak lama tu dia bersuara, "macam dah lama takde orang tanya, saya okeh ke tak dengan ikhlas". Saya tahan air mata. Then tanya, "akak dengan husband okeyh ke?". Dia surirumah, hantar ambil anak sekolah sambil affiliates.


Anak dia tiga orang. Sekolah rendah dua, yang kecik 4 tahun, sekolah pasti
Dia masih menangis. Air mata turun non stop.
Berapa lamalah dia tahan segala kesakitan yang dia rasa sampai menangis takde suara macam tuh. Dia cakap, dia macam tawar hati dengan suami dia lepas satu kejadian ni. Dia cukup terasa hati dengan apa yang suami dia cakap.
Walaupon suami dia dah minta maaf, tapi benda dah terlajak cakap. Dia suami dia cakap sesuatu tuh, dia rasa macam jantung dia terhenti jap.

Saya biar dia cerita walaupon geram nak tanya. The jemah is waking up. Dia cerita, suami dia baik, provide semua yang wajib and perlu, tolong buat kerja rumah jugak. Sampailah hari kejadian tuh, suami dia balik rumah, tengah makan tu suami dia cakap "awak, saya ni kan teringin balik kerja rumah ni kemas tak sepah2. Yela, saya rasa penat dah keluar gi kerja balik macam nak relaks. Tapi kadang tu jadi serabut sebab rumah  sepah. Saya jealous tengok orang yang rumah dia kemas je bini dia jaga".

Akak tu cakap, dia tak jadi suap nasi ke mulut lepas suami dia habis cakap. Dia rasa macam nak tercabut jantung. Selama 10 tahun ni takde pon suami dia complain.  Dia diam lama then dia respon "okeyh. Lepas ni awak balik rumah ni akan sentiasa kemas. You will get a clean house, happy kids, dan tak perlu serabut2 lepas balik kerja. Just make sure everything paid on time, no less." Dia cakap biasa makan mesti sembang², gelak tawa. Tapi dah a few weeks macam ada satu invisible gap.

Esoknya, dia bebetul buat. Takde dah lambakan baju yang belum lipat (biasa baju lepas 2/3 hari baru lipat dia cakap), balik rumah mainan anak² semua kemas. Barang basah suami dia belikan, dia uruskan semua. Dia dah tak minta suami uruskan. Tapi, dia dah takde rasa nak bergurau dengan suami. Dia dah takde rasa nak whatsapp update suami apa yang jadi seharian. Dia tak whatsapp suami dia dinner nak makan apa. Dia cakap dia decide semua sendiri. Dia jadi balik diri dia, zaman dia sebelum kahwin.

Suami makan dia tunggu, tapi tak makan sekali. Dia makan dengan anak2, kemas terus meja dan serapah sepah anak makan sebelum suami balik. Dia teman je suami makan dia cakap. Dia buat rules baru, mainan anak anak semua kena kemas sebelum suami balik. Benda tu berlarutan selama seminggu. Suami dia ada tanya, kenapa bebudak makan awal, dia cakap sebab taknak sepah². Suami dia diam je dia cakap. Sampai lah ahad tengah hari, anak no tiga dia tetibe cakap macam ni "ayah, ayah dah jadi bos taw".

Suami dia pelik. Akak tu cakap, dia takde ajar anak anak pon cakap macam tuh. Dia guna alasan kena makan awal supaya perut sihat. Kemas mainan sebelum ayah balik supaya ayah tak makin penat. Anak anak dia faham je.
Then suami dia tanya anak dia "kenapa adik cakap ayah bos". Anak dia jawab "bos kan dia tak buat apa apa. Dia suruh orang je. Macam dalam movie tuh. Kalau bos datang, semua kena kemas takle sepah²". "Ayah kan dah suruh mak buat semua. Ayah balik je makan pastu ayah rehat".

Suami dia terdiam. Then suami dia pandang akak tuh. Akak tu cakap dia keep on senyum. Tapi senyum yang dia paksa. Sebab dia faham hukum kalau isteri masam muka dengan suami. Akak tu cakap dia jawab kt anak dia "ayah dah keluar cari duit. Balik kan dah penat". Anak dia jawab "mak pon work jugak. Mak kan buat video. Pastu mak masak, ambil kakak abang school. Mak kemas rumah. Mak peluk adik. Mak mandikan adik. Mak jd ticer. Mak keje lagi banyak". Btw, anak dia tu memang petah bercakap. Bijak yer.

Dia dah masuk pasti 4 tahun tuh. Suami dia diam seribu bahasa. Tak cakap apa. Then anak sulung dia tetibe je bersuara "takpe, abang dah besar. Abang kan tolong mak jugak dik. Takpelah kalau ayah jd bos pon. Abang jadilah pekerja ayah". Dia cakap suami dia diam seribu bahasa. Tak angkat muka. Lepas kes tuh, anak anak dia sambung main. Tapi akak tu keep remind si abang untuk main jangan sepah2. Main leklok. Gitulah. Malam tuh, masa dia nak tdur.. suami dia melutut depan dia minta maaf.

Dia cakap, dia nak back to normal. Tapi akak tu diam. Dia cakap dia takde rasa nak nangis atau marah. Dia rasa kosong. Suami dia nangis minta maaf. Maaf sebab selfish. Minta maaf sebab jadi suami dan bapak taguna. Akak tu cakap dia cuma cakap, "saya maafkan tapi saya cakap saya tak jumpe dah jiwa isteri yang Mr.A nikahi". Dia cerita, suami dia nangis esak2. Suami dia akan dapatkan balik isteri diam suami dia peluk akak tuh, tapi akak tu still rasa kosong. Dia tak rasa pape dah.

Benda tu dah berlarutan selama sebulan. So masa saya tanya tuh, dia rasa macam ada satu rasa hiba bila saya tanya. Hanya kerana saya tanya "akak okeyh ke". Simple question yang membuka 1001 kesakitan. Husband dia dah tak bagi akak buat semua kerja. Masa kitaorg lepak pon, husband dia keep on whatsapp. Tanya makan apa. Suruh hantar gambarlah. Macam orang tengah ngorat awek. Tapi akak tu memang pandangan dia kosong. Saya takde kt tempat akak tuh.


Saya tak tahu sepenat apa dia, sebanyak apa penat dan burnout yang dia telan sampai jiwa dia sepatah itu lepas suami dia cakap camtuh. Kalau saya pon, mungkinlah sedih suami yang selama ni bantu kita, nampak okeyh tetibe cakap macam tuh. Macam kita ni tak penat dan takde contribution plak. Pada suami isteri, jagalah komunikasi. Bercakaplah. Berbincanglah. Paling penting, JANGAN COMPARE BINI KAU DENGAN BINI ORANG LAIN.
Nampak kau loser, lagi² kau pon tak bagi seberapa kat bini. Semoga bermanfaat.

Btw, saya minta izin akak tu dah nak share her story. Dia cakap semoga kisah dia boleh bagi iktibar kepasa suami isteri kat luar. Hargai pasangan masing2 sebelum semuanya hilang.

Thread: mrs.paan

Post a Comment

0 Comments