Wanita Terlalu Berdikari, Tapi Mengeluh Kenapa Suami Tak Memimpin
Wanita hari ini mahu suami yang tegas, bertanggungjawab, boleh memimpin.
Katanya suami mesti QAWWAM.
Tapi dalam masa yang sama,
Tak boleh ditegur.
Tak boleh dipimpin.
Tak boleh ditekan ego sedikit pun.
Semua nak sama rata.
Semua nak control.
Semua nak keputusan ikut cara sendiri.
Lepas tu tanya,
“Kenapa suami aku tak ada leadership?”
.
Maaf kalau pedih.
Tapi tak ramai wanita sanggup akui.
Kadang-kadang bukan suami tak memimpin.
Tapi si isteri yang tak pernah beri ruang untuk dipimpin.
Mahu berkahwin dan ada suami.
Tapi berat untuk taat.
Berat untuk bagi ruang untuk suami memimpin rumahtangga.
.
Dalam perbincangan hal rumah tangga,
isteri yang buat keputusan.
Dalam hal anak-anak,
isteri yang tentukan semuanya.
Dalam kewangan,
isteri yang arahkan.
Dalam hal kecil pun,
isteri nak cara dia juga.
Lama-lama suami pun diam.
Bukan sebab dia tak mampu.
Tapi sebab dia tahu,
apa pun yang dia buat, semuanya salah.
Yang betulnya perempuan.
Kononnya, women is always right.
Perempuan mana pernah salah.
.
Dan kemudian kita masih mengeluh.
“Kenapa aku rasa macam buat semua seorang diri?”
Suami buat apa?
Asyik-asyik semua aku yang buat.
Padahal kita memang mahu buat semua sendiri.
Kita yang tak beri ruang untuk dibantu.
.
Allah tidak ciptakan lelaki dan perempuan untuk berlawan kuasa.
الرِّجَالُ Ù‚َÙˆَّامُونَ عَÙ„َÙ‰ النِّسَاءِ
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…”
(An-Nisa’ 4:34)
Ayat ini bukan lesen untuk suami berlaku zalim.
Tapi juga bukan ayat untuk diabaikan apabila tak selari dengan ego kita si isteri.
.
Ramai wanita mahu suami memimpin.
Tapi bila suami tegas sedikit,
kita kata ‘controlling’
Apabila suami buat keputusan,
kita kata tak bincang.
Apabila suami diam,
kita kata tak bertanggungjawab.
Apa sebenarnya yang kita mahu?
.
Berdikari itu bagus.
Berpendidikan itu bagus.
Berpendapatan itu bagus.
Tapi kalau dalam rumah isteri masih mahu jadi “ketua”, jangan hairan bila suami berhenti untuk memimpin.
.
Ini bukan tentang menindas wanita.
Ini tentang muhasabah untuk diri kita.
Sebenarnya kita mahu rumahtangga yang macam mana?
Kalau kita mahukan suami qawwam yang memimpin keluarga,
adakah kita bersedia untuk jadi isteri yang dipimpin?
adakah kita bersedia untuk taat?
Dan akhirnya kita sendiri yang penat.
Kerana semua kita cuba buat dan selesaikan semua sendiri.
Sampai suami rasa hilang fungsi.
.
High value woman bukan yang sentiasa menang hujah.
Tetapi yang tahu bila perlu kuat
dan bila perlu beri ruang.
Apa-apa pun yang paling penting dalam rumahtangga adalah keseimbangan.
Kadang kita tolak.
Kadang kita tarik.
Dua-dua kena main peranan.
Bertolak ansur dalam rumahtangga.
Dan akui, PEREMPUAN BUKAN SELALU BETUL!
.
Macam biasa, post untuk berpesan-pesan kepada kaum sejenis saya sebagai ibrah daripada surah Al-Asr supaya kita saling berpesan-pesan kepada kebaikan.
Empowering women with the right mentality.
Tak hilang kehebatan wanita apabila kita taat pada suami.
Ini pesan-pesan untuk rumahtangga yang masih berfungsi. Kalau suami memang sedari awal tak function, yang tu kena hantar ruqyah.
Wallahua’lam. Fikir-fikirkan.
❤️❤️❤️
P/s: Dah tekan follow? Saya banyak menulis topik wanita dan bangkit dari perspekstif Al-Quran dan pengalaman jatuh bangun sendiri. Selamat berkenalan semua.
#QalBuku
#BangkitDenganAlQuran


0 Comments