Sebagai seorang suami, peranan kita adalah memimpin dengan penuh tanggungjawab, bukan sekadar memegang gelaran. Ingatlah, kita bertanggungjawab kepada Allah SWT untuk setiap tindakan terhadap isteri dan keluarga. Kedudukan kita sebagai suami tidak menjamin syurga atau menentukan nasib isteri, kerana kita sendiri masih berusaha mencari redha Ilahi.
Sebagai pemimpin, elakkan daripada meletakkan jarak atau had antara suami dan isteri. Jangan menggunakan kuasa veto atau ego untuk mengawal, tetapi sebaliknya, berlaku adillah dalam perhubungan. Dengarlah pandangan isteri, terimalah teguran jika salah, dan berkomunikasilah secara terbuka sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau masalah. Jika ada kesilapan, mohon maaf dengan rendah hati.
Setiap suami adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Gelaran "suami" bukanlah simbol kehebatan, tetapi amanah yang akan dihisab dengan teliti. Oleh itu, jalankan tugas sebagai suami, ayah, dan anak dengan penuh keikhlasan dan keadilan.
Nota: Suami adalah pemimpin, bukan tuan.
Sumber : Diadaptasi daripada Cinta Suami Isteri
0 Comments