Hidup ni bukan drama.

 “Curang bukan sebab miskin, tiada quality time atau tidak sefahaman… tapi sebab ‘office wife’.”


10 tahun bukan tempoh sekejap.


Bukan sekejap nak bina satu perkahwinan. Dari awal ikat janji, usaha sama kumpul duit kahwin, cari rumah, belajar terima kekurangan masing-masing… semua itu ambil masa, tenaga dan hati.


Tapi segalanya musnah dalam beberapa minit, hanya kerana tak jaga batas di tempat kerja.


Baru-baru ini tular satu video lelaki tempatan yang mencekup isterinya sendiri — berduaan dalam kereta dengan seorang doktor. Yang menyedihkan, doktor itu pun sudah beristeri. Kedua-duanya curang. Kedua-duanya berkhianat.


“Saya minta ampun abang, saya salah…”


Suara wanita dalam video tu meruntun hati. Tapi lebih menyayat bila dengar si suami… suara dia pecah. Menangis macam lelaki yang hilang segalanya dalam satu hari. Hancur harapan, reput kepercayaan.


Kadang-kadang kita fikir bila orang curang, mesti sebab pasangan dia tak cukup sempurna.

Tapi hakikatnya, bukan semua curang sebab tak bahagia.


Ada yang bahagia, cukup segalanya ,tapi syaitan hanya perlukan satu ruang. Dan ruang itu selalu bermula dari tempat kerja.


Manis bercakap, tolong-menolong, lunch sama, borak sampai lewat malam atas nama “kerja”…


Sampai satu tahap ,hati yang dulunya milik isteri atau suami sendiri, berpindah ke tangan orang lain.


Jangan diuji jika belum pasti mampu menjaga.


Kalau tahu diri dah beristeri atau bersuami, tolonglah hormati pasangan masing-masing.

Tak perlu jadi lebih mesra dari sepatutnya, tak perlu “caring lebih” pada isteri atau suami orang.


Hidup ni bukan drama.

Setiap kecurangan akan tinggal luka. Dan tak semua luka boleh sembuh dengan masa.



Doa buat abang dalam video tu ,semoga diberi kekuatan dan diganti dengan kebahagiaan yang lebih jujur dan ikhlas.

Dan buat semua yang membaca… semoga kita dijauhkan dari ujian sebegini.


“Bila tak jaga batas, batas itu yang akan memusnahkan segalanya.” ‎

Post a Comment

0 Comments