Viral video seorang lelaki dipercayai founder ubat kuat tabur duit RM100. Lepas tu tunjuk ikatan duit berkepuk-kepuk dan kereta Merc plate 1.
Nak tunjuk betapa kayanya dia. Duit beratus ribu tabur begitu sahaja. Nak masyarakat kagum dia banyak duit sampai boleh campak merata.
Bang. Orang kaya kat Malaysia ni ramai. Yang ada cash juta-juta, rumah berpuluh buah. Yang income ratus ribu sebulan, bahkan lebih lagi.
Tapi tak ada pun mereka buat content nak tunjuk pada dunia tabur duit begini.
Orang kaya terkejut, kaya tiba-tiba ni ada segelintir terkena culture shock. Kejutan budaya tiba-tiba jadi kaya. Jadi nak rasa nak tunjuk pada dunia yang dia kaya.
Orang kaya macam ni, tak ada class. Duit 100 bilion pun, kalau macam ni gaya, orang tak hormat.
Orang yang benar-benar kaya, mereka tak suka orang tahu mereka kaya. Nampak humble ja. Mereka hormat orang lain walau orang lain tu miskin ke apa.
Orang macam ni baru ada class. Dia tak perlu tunjukkan pada dunia betapa kayanya dia. Tapi dunia bercerita tentang dia.
Kalau try hard nak suruh orang lain nampak kita ni kaya, tu mentality low class bang. Pepatah omputeh ada kata, 'Money can't buy class'