KPTTLUS Malaysia

Komuniti PTT Zello • Lebuhraya Utara-Selatan • Hebahan Trafik Sahih

Portal Rasmi Zello

24/7

Hebahan

PTT

Zello

PLUS

Trafik

MY

Komuniti

Mengenai KPTTLUS

Komuniti sukarelawan menyalurkan maklumat trafik melalui suara menggunakan aplikasi Zello.

Sumber Rasmi

Maklumat berdasarkan agensi kerajaan, pengendali lebuhraya dan sumber yang diperakui.

Mesra Telefon

Reka bentuk pantas, responsif dan sesuai untuk Blogger.

Pendaftaran Ahli Baharu

MFS : Cara dia urus kewangan begini :

Ada sorang kawan aku ni, memang hebat urus kewangan dan nikmati hidup dia. Aku suka betul tengok cara dia enjoy dengan setiap hasil titik peluh dia. Memang aku terinspirasi.

Cara dia urus kewangan begini :


1. 10-15 tahun pertama kerja, dia ikat perut. Duit gaji dan side income dia labur dalam unit trust dan dia beli rumah yang berpotensi tinggi.

2. Pakai kereta biasa, duduk pula kat apartment sahaja. Padahal dia ada beli kondo. Tapi dia sewakan kondo itu kerana dapat positif cash flow. Kerja masa tu memang dia pulun kaw-kaw. Gaya hidup macam B40 padahal income dah T20.

3. Sebaik target dia tercapai, dia nikmati sungguh-sungguh hidup dia. Dia pindah ke rumah dia yang lebih mewah, beli kereta mewah dan enjoy life.

4. Kalau tak silap dia ada lebih 20 buah rumah masa tu. Setiap rumah yang dia beli dia letak target siap-siap :

A. Beberapa rumah ni khas untuk cash flow mengalir setiap bulan. Juga bakal diwarisi pada anak-anak.

B. Ada rumah yang dia jual untuk beli kereta mewah, pakaian berjenama dan nikmati gaya hidup T20, bersedekah tanpa had.

C. Ada rumah yang akan dijual khusus untuk melancong ke luar negara.

D. Ada rumah yang bakal dijual khusus untuk anak-anak dia sambung belajar.

5. Satu demi satu dia jual rumah dia bila cukup masa yang dia dah set. Dan dia enjoy betul-betul kehidupan dia bersama keluarga.

6. Dia enjoy setiap titik peluh dan pengorbanan 15 tahun ikat perut. Melancong ke luar negara berbulan-bulan. Membeli belah barangan mewah, makan restoran ternama, sedekah setiap bulan 4 angka.

7. Sekarang ni rumah dia ada lebih kurang 13 buah kot. Ke 14. Sekitar tu lah. Yang balance ni untuk dia warisi pada anak-anak dan sebagai sumber cashflow dia. Tak jual dah.

8. Ramai je aku lihat orang yang miliki banyak rumah. Tapi tak ramai yang sanggup jual untuk nikmati hidup seperti dia. Kalau jual pun, untuk beli rumah lain yang lebih berpotensi. Tak nikmati betul-betul setiap titik peluh dan kerja keras mereka.

9. Ada yang terlalu cermat dan sayangkan harta untuk guna. Rumah berpuluh biji. Acc bank sampai 7 angka. Tapi hidup berjimat sampai ke tua. Semua harta benda untuk diwarisi sahaja Ada je begitu. Tak apa lah, itu cara mereka.

10. Cuma pada aku, aku suka cara kawan aku ni. Dia betul-betul nikmati hidup dia. Berbaloi dia ikat perut berbelas tahun dan rancang perbelanjaan dengan berhemah. Akhirnya dia dan keluarga dapat merasa kemanisan hasil peritnya pengorbanan suatu ketika dahulu.

Begitulah.

#MFS
.

KPTTLUS : Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan - " Kami Bukan Tak tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Subscribe Us

Ilmu Akhir Zaman

Harga Bitcoin Hari Ini

✓ Kami Lepak Sini

BBNU Biz !

. 🔥 Cara Pantas - Diam², Buat Duit !! . . Bantuan Segera ? Cepat !!! ❤️Whatsapp ✓ 60134500320 .