KPTTLUS Malaysia

Komuniti PTT Zello • Lebuhraya Utara-Selatan • Hebahan Trafik Sahih

Portal Rasmi Zello

24/7

Hebahan

PTT

Zello

PLUS

Trafik

MY

Komuniti

Mengenai KPTTLUS

Komuniti sukarelawan menyalurkan maklumat trafik melalui suara menggunakan aplikasi Zello.

Sumber Rasmi

Maklumat berdasarkan agensi kerajaan, pengendali lebuhraya dan sumber yang diperakui.

Mesra Telefon

Reka bentuk pantas, responsif dan sesuai untuk Blogger.

Pendaftaran Ahli Baharu

MENGGARU KETIKA SOLAT

MENGGARU KETIKA SOLAT


SOALAN :

Setakat mana menggaru di dalam solat tidak membatalkan solat?

JAWAPAN :

Pergerakan yang boleh membatalkan solat ialah pergerakan anggota berat seperti bahu atau lengan atau pergelangan tangan dengan gerakan yang banyak yaitu tiga kali atau lebih berturut-turut.

Adapun pergerakkan anggota ringan seperti jari ketika menggaru sekalipun berturut-turut ia tidak membatalkan solat kerana dikira sedikit.

Berkata Imam Nawawi :

لَا الْحَرَكَاتِ الْخَفِيفَةِ الْمُتَوَالِيَةِ كَتَحْرِيكِ أَصَابِعِهِ فِي سُبْحَةٍ أَوْ حَكٍّ فِي الْأَصَحِّ

Artinya : “Tidak batal pergerakan anggota yang ringan yang berturut-turut seperti gerakan segala jarinya pada membilang tasbih atau menggaru pada pendapat yang paling sahih.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan tempat tidak batal menggaru dengan jari-jari itu ialah selama tidak bergerak sama tapak tangan kerana tapak tangan adalah anggota berat yang boleh membatalkan jika digerakkan tiga kali berturut-turut.

Berkata Syeikh Abu Bakar Syatha’ :

(لا) تبطل (بحركات خفيفة) وإن كثرت وتوالت، بل تكره، (كتحريك) أصبع أو (أصابع) في حك أو سبحة مع قرار كفه

Artinya : “Tidak batal solat dengan gerakan yang ringan sekalipun banyak dan berturutan bahkan hukumnya makruh seperti gerakan satu jari atau banyak jari pada ketika menggaru atau ketika membilang tasbih serta tidak bergerak tapak tangan.” (Kitab I’anah At-Talibin)

walahua’lam 
ustaz azhar idrus

KPTTLUS : Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan - " Kami Bukan Tak tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Subscribe Us

Ilmu Akhir Zaman

Harga Bitcoin Hari Ini

✓ Kami Lepak Sini

BBNU Biz !

. 🔥 Cara Pantas - Diam², Buat Duit !! . . Bantuan Segera ? Cepat !!! ❤️Whatsapp ✓ 60134500320 .