Apa Maksud Miskin Tegar E-Kasih ?

Miskin tegar merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan golongan miskin yang menghadapi kesukaran dalam meningkatkan taraf hidup mereka untuk melonjak keluar daripada kumpulan miskin. 

Miskin tegar ini dikelaskan sebagai mereka yang telah berada dalam kumpulan miskin selama lebih dari dua tahun berturut-turut dan masih mempunyai pendapatan yang sangat rendah atau tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Sementara itu, Ekasih merupakan sistem pengkalan data pembangunan manusia yang mengenal pasti isi rumah miskin tegar di Malaysia. Miskin tegar Ekasih diklasifikasikan berdasarkan penilaian terhadap beberapa faktor seperti pendapatan bulanan isi rumah, jumlah tanggungan, serta keadaan dan fasiliti rumah mereka.


Sistem ini menyediakan maklumat yang diperlukan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan sokongan kewangan dan bantuan sosial kepada mereka yang memerlukan. Objektifnya adalah untuk membantu mereka mengatasi masalah kemiskinan dan melonjak keluar daripada kumpulan miskin melalui inisiatif pembangunan manusia dan bantuan kewangan yang tepat.

Dimaklumkan bahawa penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telahpun dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023.


Oleh yang demikian, bagi sebarang pertanyaan berkenaan penerima Program SARA, Tuan/Puan boleh membuat semakan kelayakan di bantuantunai.hasil.gov.my atau www.mykasih.com.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan Tuan/Puan atau menghubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau MOF di talian 03-8882 4565/4566.

Bagi pertanyaan berkenaan mekanisme penggunaan/pelaksanaan SARA, Tuan/Puan boleh menghubungi Yayasan MyKasih di talian: 03-7720 1800 atau e-mel: sara@mykasih.com

Sekian, terima kasih

Post a Comment

0 Comments