Pelajar KPTM Cipta Rekod Tulis Esei Dalam Air‼️
Ahmad Fudhail Ahmad Kenedi, 20, mencatat rekod sebagai individu pertama di negara ini yang menulis esei sambil menyelam sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Difahamkan, pelajar KPTM Alor Setar tersebut menulis esei secara rawak berjudul Kepentingan Pembangunan Personaliti kepada Bakal Graduan di Pusat Akuatik Kedah, Gunung Keriang, hari ini.
Program dimulakan dengan gimik pemakaian pakaian rasmi pejabat dan Ahmad Fudhail melakukan simbolik program dengan menaip menggunakan komputer riba pada kedalaman 3 meter.
Kemudiannya, dimulakan dengan mencabut tajuk esei secara rawak. Masa mula selaman telah dimulakan pada jam 10.30 pagi apabila penjaga masa mendapat isyarat dari penyelam ketiga.
Lebih mencabar apabila tangki pertama Ahmad Fudhail berada pada tahap rendah selepas 45 minit dan pertukaran dibuat di dasar kolam sambil dibantu penyelam pembantu. Selaman ini tamat dengan catatan masa 1 jam 34 minit.
FB : KPTM Alor Setar