Pesan Cina Otai kepada Tuan Mazlan buat Kita² ❤️

‘Jika kita mahu berjaya, jangan sesekali fkir jalan singkat. Bekerja tujuh hari seminggu, 365 hari selama lima tahun, saya jamin anda akan nampak hasilnya.”

Ini kata-kata seorang otai bisnes berbangsa Cina yang digelar ’Raja Buah’.

Dalam masa 29 tahun berniaga, beliau berjaya bina hampir 70 kedai buah di merata pusat membeli belah termasuk di Pavillion dan dua buah hub pengedaran.


Apa nasihat beliau pada yang sedang bina bisnes? :

1. Tahu risiko yang kita hadapi. Jika kita gagal berkali-kali, terus ubah strategi, jangan tunggu.

2. Berpegang kepada nilai-nilai bisnes kita. Pelihara nama baik produk/servis kita agar jenama kita terus dipercayai dan kesetiaan pelanggan kekal.

3. Bekerja keras untuk satu pertiga hidup dan kita akan nikmati hasilnya sepanjang dua pertiga hidup kita seterusnya.

Pengalaman usahawan Cina otai ini dan bagaimana beliau ubah bisnes buah-buahan keluarganya dari hanya berbasikal roda tiga kepada sebuah bisnes yang besar dan kuasai pasaran ada dalam buku digital di komen bawah.

Tuan Mazlan 😊


Post a Comment

0 Comments