Hati² | Tetap Waspada | Kerja Baik 🤣 Teknik Kuno Tapi Masih Padu Kalau Kena

DUIT SAYA HILANG !!!

Beginilah secara ringkasnya modus operasidi gunakan antara :-

✓ Suspect 1, 
✓ Suspect 2 & 
✓ Mangsa !.

Penjenayah pertama yang biasanya merupakan seorang yang mahir dan berpengalaman dalam melakukan jenayah di mesin ATM, memutuskan dirinya untuk pergi ke ATM pada waktu paling sesuai, iaitu antara 15 minit hingga 20 minit sebelum waktu sibuk. 

Selepas mencari mesin ATM yang kurang diperhatikan, penjenayah pertama memutuskan untuk menyekat slot kad mesin ATM dengan menggunakan alat khas yang dimilikinya.

Penjenayah ini menunggu dengan sabar untuk menantikan seseorang mangsa masuk ke ruang mesin ATM. Apabila ada mangsa yang menggunakan mesin ATM tersebut, kad ATM mangsa tersekat kerana sudah disekat lebih awal oleh penjenayah. 

Pada masa ini, penjenayah ke dua muncul di tempat kejadian dan membantu penjenayah pertama.

Dalam usaha menjalankan aktiviti jenayah mereka, penjenayah ke dua pura-pura datang membantu mangsa yang mengalami masalah dengan kad ATM. 

Pada masa ini, penjenayah ke dua mencuri kod pin mangsa dengan cara curi-curi dan secara cepat tukar kad ATM semasa mangsa tidak sedar.

Mereka melakukan jenayah ini dengan cepat dan berjaya melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang bukti atau jejak yang boleh merosakkan rancangan jenayah mereka.

Setelah menyelesaikan tugas mereka, penjenayah itu meninggalkan tempat kejadian dengan berjaya mendapatkan kad ATM mangsa yang telah ditukar dan juga kod pin mangsa. 
Walau bagaimanapun, kejadian ini boleh dielakkan jika mangsa lebih berhati-hati ketika menggunakan mesin ATM terutama pada waktu yang kurang selamat. 

Mangsa hendaklah memastikan bahawa tiada individu yang mencurigakan di sekeliling mesin ATM sebelum menggunakan mesin itu. Selain itu, mangsa hendaklah memastikan bahawa tempat keluar masuk kad ATM tidak disekat sebelum menggunakan kad mereka.




❤️ SARANAN UNTUK DIGUNAKAN ❤️

Terutama warga emas, kelainan upaya & ibu mengandung - HATI² TERHADAP SEMUA BENTUK BANTUAN BAIK - sebab bukan semuanya benar² baik.

Tandakan KAD BANK anda dengan identiti rahsia.
( Mudah Dikesan Dengan Tangan )


Contoh : 

Tampal Pelekat Sisi
Potong Bucu Sikit
Buat Lekuk Mini

dan lain² kaedah terfikir munasabah.


Nota : Kenalan anda akan tertawakan anda - sehinggalah mereka merasainya sendiri - bagaimananya derita menyimpan simpanan - tapi lesap dalam sekelip mata & depan mata & semasa sedar !!!

((( Tangan anda akan lebih cepat kenal IDENTITI di kad bank tersebut berbanding ORANG LAIN kerana kad tersebut adalah MILIK ANDA dan identiti rahsia tersebut ANDA YANG CIPTA )))

Semoga Bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments