Proses bagi Langkah2 Menjadikan Komuniti Sebagai Sebuah Komuniti Berdaftar.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia ...

Adalah dengan ini, kami memaklumkan bahawa langkah2 bagi merealisasikan komuniti ini sebagai sebuah komuniti berdaftar sedang giat dijalankan.

Sokongan daripada semua pihak, amatlah kami alu2kan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Berikut merupakan langkah2 awal bagi tujuan yang tersebut di atas :-



a - Perbincangan secara rambang dan terbuka di channel Rakan COPS PDRM pada bila2 masa.

b - Pengambilan ahli baru di bawah pendaftaran Komuniti PTT Zello Channel Rakan COPS PDRM melalui Blog Komuniti @ FanPage Komuniti masih dibuka dan digalakkan.

c - Pencarian wakil2 dari pihak Individu / Syarikat untuk dijadikan penaung/peneraju/perujuk/penggerak atau apa2 yang mana dirasakan paling sesuai.

d - Pengumpulan data seberapa banyak orang perseorangan mahupun syarikat dikalangan mereka2 yang berprofil tinggi untuk bekerjasama didalam memperkasa dan menjana dengan tujuan memperkemaskan aktiviti sedia ada komuniti.

e - Surat Rasmi pertama kepada www.skmm.gov.my telah dihantar sebagai langkah paling asas agar pergerakan komuniti adalah sah dibawah akta serta undang2 terkandung di dalam negara.

f - Perjumpaan Rasmi pertama juga sedang rancak disusun antara wakil komuniti bersama para pegawai di PDRM, Bukit Aman ( Rakan COP ).

g - SEMUA callsign RCXXX adalah digalakkan memberikan komen secara terbuka ( komen di blog komuniti ) bagi maksud mempercepatkan perlaksanaan sepertimana dibincangkan. InsyaAllah.

Akhirkata, sama2 panjatkan doa kepada Allah agar urusan yang berkenaan dipermudahkan.

Selamat Bergabung Selamat Bekerjasama.


Daripada :-

Wakil2 Pengurusan ...
Channel Rakan COPS PDRM
Channel Lebuhraya Utara-Selatan
Dan Radio Internet Bara FM.

Wallahua'lam dan Assalamualaikum.




Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan