Jenis-Jenis Kecemasan


Tsunami

Tsunami selalunya terhasil oleh pergerakan gempa bumi di dasar laut. Tanah runtuh dan letusan gunung berapi juga boleh menyebabkan tsunami. Jika gegaran gempa bumi terlalu besar, tsunami boleh sampai ke pantai dalam masa beberapa minit sahaja, tanpa sempat amaran diberikan. Kawasan yang berisiko tinggi adalah 25 kaki dari aras laut dan dalam jarak satu batu dari tepi pantai. Kebanyakan kematian disebabkan lemas. Kesan bencana lain termasuklah banjir, pencemaran air minuman, api dari saluran gas atau tangki pecah dan kerosakan infrastruktur

Gempa bumi kuat selama 20 saat atau lebih yang berdekatan tepi pantai boleh mengakibatkan tsunami. Pasang surut air laut yang kerap juga satu petanda tsunami.
Sebelum dan Semasa Tsunami
  • Ikut arahan pihak berkuasa. Arahan perpindahan mungkin berbeza daripada apa yang biasa anda tahu
  • Dengar radio atau sumber lain untuk maklumat terkini tentang kemugkinan tsunami jika berlaku gempa bumi dan anda berada di kawasan pantai
  • Pindah ke kawasan lebih tinggi
  • Jangan pergi ke tepi pantai untuk melihat tsunami. Jika anda boleh melihat ombak anda sudah berada terlalu dekat untuk menyelamatkan diri
  • Pulang ke rumah hanya setelah dibenarkan oleh pihak berkuasa. Tsunami adalah siri-siri ombak yang boleh berterusan selama beberapa jam
  • AWAS – Jika anda ternampak air surut yang ketara dari tepi pantai, ini adalah petunjuk semula jadi tsunami dan anda patut ambil ambil berat. Anda mesti berpindah dari situ dengan segera
Selepas Tsunami
  • Jauhi dari kawasan banjir dan dilanda kemusnahan sehingga diberitahu oleh pihak berkuasa ia selamat untuk pulang
  • Jauhi dari sisa serpihan di dalam air
  • Jauhi dari bangunan jika ia masih dikelilingi air. Air tsunami, seperti air banjir boleh merosakkan asas bangunan, menyebabkan bangunan tersebut tenggelam, lantai merekah atau dinding runtuh
  • Berhati-hati dengan kemungkinan bahaya api; mungkin terdapat saluran gas yang bocor atau pecah, litar elektrik atau peralatan elektrik yang tenggelam. Bahan-bahan mudah terbakar dan mudah meletup boleh diturunkan dari kawasan lebih tinggi
  • Periksa kalau ada kebocoran gas. Jika anda terbau atau terdengar bunyi gas bocor, buka tingkap dan segera tinggalkan bangunan
  • Periksa kerosakan pada sistem elektrik. Jika terlihat percikan api atau terbau benda terbakar, tutup tenaga elektrik di suis utama. Hubungi jurulektrik terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat jika anda ingin masuk ke dalam air ke suis utama elektrik. Peralatan elektrik mesti diperiksa dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan
  • Periksa saluran pembetungan dan air. Jika ia rosak, jangan guna tandas dan hubungi tukang paip. Jika paip air rosak, hubungi syarikat bekalan air dan elakkan minum air dari paip
  • Berhati-hati dengan haiwan, terutamanya ular berbisa yang mungkin memasuki bangunan melalui air. Guna kayu untuk berjalan melalui sisa serpihan
  • Periksa bekalan makanan. Makanan yang terkena air banjir boleh tercemar dan mesti dibuang
Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?
Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan amaran awal tentang kemungkinan berlakunya fenomena cuaca buruk dan keadaan laut bergelora di samping menyediakan maklumat segera berkenaan gempa bumi di sekitar Malaysia

Post a Comment

0 Comments