Jenis-Jenis Kecemasan


Ribut

Jika dilanda ribut petir, anda mesti:
  • Masuk ke dalam rumah! Jika tidak boleh memasuki rumah atau bangunan berdekatan, duduk di dalam kereta anda dan tutup tingkap. Jika tidak berada di sisi kereta, cari tempat rendah untuk berlindung. Elakkan pokok, pagar, tiang atau objek-objek tinggi
  • Elakkan air. Jika berada dalam bot atau sedang berenang, segera ke darat dan cari tempat berlindung. Jangan mandi sewaktu ribut petir. Elak menggunakan paip air dan jauhi dari sinki. Tenaga elektrik yang berpunca dari kilat mengalir dengan pantas dalam air dan paip
  • Tutup TV dan penyaman udara. Elakkan mengguna telefon melainkan sewaktu kecemasan. Kilat mudah menyambar talian telefon
  • Bersedia untuk menghadapi kemungkinan ribut petir. Pastikan rumah anda kukuh dan cukup kuat dari dilanda ribut kuat atau banjir
Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?
Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan amaran awal tentang kemungkinan berlakunya fenomena cuaca buruk dan keadaan laut bergelora di seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments