saja orang yang makan tak bayar

Mami kita ini datang ke NKS kata nak bayar RM8.  Saya pun tanya kenapa tiba-tiba nak bayar RM8. Beliau kata semalam anak beliau datang beli nasi di NKS, anak beliau minta nasi daging sahaja 8 bungkus tetapi bila balik rumah buka bungkus ada telur rebus dalam semua bungkus. 




Beliau kata beliau pun terkejut tengok ada telur rebus dalam semua bungkus. Beliau kata daripada semalam sampailah pagi ini beliau rasa tidak sedap hati. Lalu pagi ini beliau terus datang NKS bayar duit telur rebus itu. Saya pun kata tidak apa saya halalkan sahaja tetapi mami kata nak bayar juga sebab sudah makan. Beliau kata kalau saya ambil duit ini baru beliau akan rasa lega. 


Beliau kata ini melibatkan darah daging kita, kalau tak halal nanti perlu jawab di akhirat. Walaupun saya kata halal tak perlu bayar akan tetapi mami masih bayar juga. MasyaAllah memang bagus. 


Di zaman ini ada saja orang yang makan tak bayar dengan sengaja sebab nak tipu, bahkan kita di NKS pun pernah hadap banyak kali. Jadi bila tengok mami ini saya rasa terharu sangat. Beliau rasa selagi tak bayar selagi itu hati tak senang. Ini tanda Allah akan gerakkan rasa bersalah di hati orang yang baik. Sebab itu beliau cepat-cepat datang bayar.

Post a Comment

0 Comments