1. Empat orang sahabat ini mula berniaga ayam goreng berempah di tempat letak kereta di East Hollywood, Los Angelas pada tahun 2017.
2. Modal mereka cuma $900. Dengan modal itu mereka beli periuk, meja lipat, ayam, rempah dan sedikit perkakas memasak.
3. Ayam goreng mereka laku dan setahun kemudian, mereka buka kedai.
4. Hari ini, dalam tempoh lapan tahun, mereka mempunyai 315 lokasi di Amerika Syarikat dan luar negara dengan jualan tahunan US$600 juta.
5. Dave’s Hot Chicken menggunakan ayam halal di semua lokasi mereka.
6. Satu-satunya tempat di dunia yang kita jumpa “kejayaan” sebelum “usaha,” ialah dalam kamus.
7. Selain itu, kita kena usaha dulu barulah kita akan jumpa kejayaan.
8. Usaha itu walaupun kecil, mampu membuahkan kejayaan yang besar!
0 Comments