CHEK IN DULU DENGAN TUNANG SEBELUM NIKAH
2 pasangan ditahan Penguatkuasa JAINJ di bilik hotel di Yong Peng jam 12.00 malam.
Pasangan ini berumur 30-an dan masih bujang dan anak dara. Pasangan yang tinggal tidak jauh dengan hotel ini dengan bangganya mengatakan telah bertunang semasa ditanya status mereka.
Mereka dijangka akan bernikah pada hujung tahun ini iaitu 2-3 bulan lagi. Berkemungkinan mereka ke hotel untuk membincangkan tentang persiapan majlis perkahwinan nanti yang tak pernah habis bincang.
Pasangan kedua pula berumur 20-an, masih bujang yang juga tinggal tidak jauh dengan hotel.
Mereka adalah pasangan kekasih dan berhasrat untuk bertunang juga.
Suka juga diberi nasihat kepada ibu bapa supaya awasi anak-anak dan perhatikan dengan siapa dia keluar terutama waktu malam.
Jangan jadikan alasan bertunang untuk anak bebas keluar dengan tunang. Dalam YouTube, seorang ustaz ditanya, bolehkan lelaki naik moto dengan tunang?
Ustaz itu jawab boleh.... Boleh tetapi dengan syarat. Syarat apa?
Syaratnya bakal Pak mertua duduk di tengah-tengah tempat duduk moto tu.
Bertunang tu jangan lama-lama sebab godaan kuat macam semut mencari gula. Elok nikahkan cepat lagi supaya mak ayah tak tanggung dosa kalau anak buat benda tak elok.
Bertunang ni untuk silaturrahim dan kenal mengenal tapi bukanlah nak kenal sampai dalam bilik hotel larut malam.
Bila dah kena masuk mahkamah, stanby lah duit denda yang sepatutnya duit tu untuk belanja majlis.
Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah iaitu khalwat boleh membawa hukuman denda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Penguatkuasa JAINJ
0 Comments