make ur wife Happy wife, ur family will happy family

Saya tak pernah percaya selama ini dengan kata-kata klise itu,  
“Bahagiakan isteri, insyaAllah rezeki datang berganda-ganda.”  

Bagi saya, itu semua omong kosong.  
Kalau dah belanja, kena lah kerja keras semula. Mana ada rezeki berganda tu?  

Sehinggalah kejadian semalam membuka mata saya.  

Isteri saya dah berbulan-bulan merengek mahu kasut baru. Katanya, penat kerja di F&B, asyik berdiri je.  

Saya cuma diam, sebab kasut yang selesa tu mahal. Apatah lagi yang ada memory foam. Harga mencecah tiga, empat ratus! 😔  

Setiap kali bangun tidur, dia mengeluh sakit kaki. Kesian saya tengok.  

Semalam, kami dapat job pertama untuk *coffee pop-up* dekat rumah pelanggan selepas berbulan tak buat.  

Isteri saya cuti, tapi tetap ikut membantu. Macam tak cuti lah dia, masih berdiri lagi. Haih.  

Jadi, saya rasa kena lah bagi dia “upah”. Selepas acara, kami singgah di Mytown untuk cari kasut.  

Alhamdulillah, ada *sales*! (Hati saya menjerit kegembiraan 🤣)  

Jumpa kasut memory foam di Bata. Dia cuba, dan memang selesa! Tapi malangnya, tak ada saiz. Keluarlah kami dengan hati kecewa.  

Dia kecewa sebab tak dapat kasut.  
Saya kecewa sebab fikir tak mungkin jumpa kasut lebih murah lepas ni. 🤣  

Kami singgah pula di Al-Ikhsan. Alhamdulillah, ada *sales* lagi!  
Tapi harga tetap ratusan. Hati saya mula sayu.  

Tapi saya biarkan je dia cuba. Dan… ada saiz pula!  

Tak apalah, saya fikir. Ada sedikit keuntungan dari *pop-up coffee* tadi. Boleh lah tambah dari bajet asal.  

Gembira sungguh dia keluar dari kedai. Dalam hati saya, “Tak apa lah, bukan selalu. Untuk isteri sendiri. Biar dia bahagia.”  

Selesai urusan, dalam perjalanan pulang, notifikasi WhatsApp masuk:  
“Boleh bagi *rate* untuk *coffee pop-up*?”  

Saya terus balas, “Rezeki!” Tapi masa tu, saya belum sedar apa-apa lagi.  

Malam berlalu.  

Tiba-tiba hari ini, tiga notifikasi masuk. Dua dari WhatsApp, satu dari Instagram. Semuanya tanya pasal *coffee pop-up*. Saya terkedu. Ya Allah, inikah yang orang cakap? Bahagiakan isteri, rezeki diluaskan.  

Jadi, dari semalam, empat orang hubungi. Dua dah *confirm* tempahan, dua lagi masih dalam rundingan.  

Saya terdiam seketika tadi. Rupanya, apa yang orang tua-tua cakap tu ada benarnya.  


*make ur wife Happy wife, ur family will happy.* Itulah kasut yang saya belikan untuknya ( gambar ).  

Dia mahu warna hitam, katanya di tempat kerja F&B kena pakai warna hitam.  Saya harap, kasut ini dapat kurangkan sakit kaki dia. 🙌🏽  

Kongsian : RMMursyid

.
.
.

Post a Comment

0 Comments