Setiap kali melihat tukang kebun bekerja di bawah panas terik, penghantar makanan bergegas mengejar pesanan, atau kurier menghantar bungkusan hingga malam, saya terbayang sosok suami yang berdedikasi untuk keluarga. Dalam hati mereka, mungkin ada wajah-wajah tersayang atau tanggungan bil bulanan yang menanti.
Pulang ke rumah, mereka tidak mengharapkan layanan bak raja. Mereka hanya ingin hati mereka dipeluk, ruang untuk berehat, dan rasa dihargai selepas penat bekerja. Mereka rindu melihat senyuman anak-anak dan wajah manis isteri—penawar lelah mereka. Namun, kadang kala, isteri yang juga letih dari “pertempuran” hariannya, menyambut dengan wajah kurang ceria. Kedua-duanya keletihan, emosi kering, dan tenaga untuk saling memahami tiada.
Akhirnya, suami memilih untuk menyendiri, masuk ke bilik dan berehat. Isteri pula, yang sebenarnya menanti kehadirannya, merasa diabaikan. Isteri nampak suami seolah tidak peduli, padahal suami mungkin keliru bagaimana untuk hadir. Apatah lagi, setiap usaha untuk mendekat sering disambut dengan kemarahan.
Tulisan ini, seperti tulisan saya sebelumnya tentang *avoidance* dan *anxious attachment*, bukan untuk menyalahkan sesiapa, apatah lagi menuding jari kepada suami. Ia bertujuan mengajak suami dan isteri untuk saling memahami. Kita sering membincangkan *burnout* isteri, tetapi lupa bahawa suami juga boleh *burnout*. *Burnout* mereka mungkin bukan dalam bentuk kemarahan, tetapi diam dan tawar. Jasad ada, tetapi jiwa entah ke mana.
Mereka mungkin sudah berusaha menjadi yang terbaik, menunaikan tanggungjawab, menelan perasaan demi mengelak pertengkaran. Namun, apabila isteri yang kecewa meluahkan perasaan, suami merasa dituduh dan tidak dihargai. Padahal, isteri hanya ingin difahami.
Kita semua pejuang. Namun, tanpa penghargaan, perjuangan terasa berat. Kelelahan ini sering berpunca daripada salah faham, tidak melihat, atau tidak tahu akar masalah sebenar. Jika kedua-dua pihak berusaha tetapi tidak tahu caranya, kita hanya akan hidup seperti rakan serumah, bukan pasangan suami isteri yang sepatutnya menjadi satu pasukan.
Buat suami, terima kasih kerana bertahan. Kalian berhak dihargai. Buat isteri, terima kasih kerana berusaha. Kalian berhak didengari. Jika mereka kelihatan tidak mendengar, itu tidak bermakna mereka tidak peduli.
Pilih untuk pulih, bermula dari diri sendiri. Kenal pasti punca, bina ruang selamat untuk berkomunikasi. Jarak boleh dirapatkan, luka boleh disembuhkan, yang jauh boleh didekatkan, dan yang patah boleh bertumbuh semula.
Kredit : Wawa Shauqi
.
.
.
ingat !!,
HANDPHONE bukan suatu privacy ketika telah berhubung suami isteri. kerana yang lebih privacy bagi seorang perempuan ialah cipapnya ... tak percaya ?.
bayangkan anda ditelanjangkan ditepi jalan, aset mana akan anda tutup rapat² ? ... handphone ? ... buah dada atau cipap ?
kalaulah cipap sahaja, sang suami tarah selama berhubungan suami isteri. sebenarnya privacy itu tak perlu wujud, MELAINKAN ada perkara pelik yang disorok atau dirahsiakan.
#FahamkanItuDulu