Hari ni jumaat saya ada inspection belah utara, nak saing sekali insyaallah boleh roger.

User China jangan bersorak terlalu awal, user Japan jgn rasa terpaling unggul dan influencer review motor pula jangan terlalu menjilat demi konten atau habuan..

Terlalu awal nak katakan produk dari China nie bagus, hebat dan berkualiti. Seperti mana dulu pasaran Benulli yang baru masuk Malaysia claim brand dari negara Italy tapi buatan China, membuatkan ramai rakyat Malaysia terpersona. Harga yang ditawarkan juga amat murah lantas ramai yang berpusu-pusu membelinya dek kerana nak merasai engine 4 inline dan acah2 adventure.


Tapi apa yang berlaku selepas 2 ke 4 tahun? Ternyata vibration body dan engine semakin kuat, besi-besi, nut-nut dan skru-skru mudah berkarat. Komponen plastik mudah kusam dan cat di kawasan besi mudah tertanggal.

Jadi untuk kita menilai produk motorsikal baru dari China generasi yang terkini kali ini, penuh dengan features-features yang memukau dan ada sesetengah model yang claim engine menggunakan engine kawasaki kononnya bagus dan berkualiti adalah sangat terlalu awal.

Jap2.. Korang sembang apa ni? Sebelum produk China masuk Malaysia korang kutuk brand Kawasaki paling lowya, paling cikai.. Tiber brand China masuk Malaysia claim pakai engine Kawasaki, auto terus puji pulak..

 "Walaupun motor China, engine dia pakai engine Kawasaki..👍🏻" - Salesman@influencer reviewer -

Produk China memang menang dari segi harga tapi ia belum lagi dapat menambat hati saya untuk memilikinya kerana memang kerja saya setiap hari adalah membuat inspection motorsikal dan disitulah saya dapat buat penilaian dan perbandingan diantara brand China dan Japan sangat berbeza terutamanya dari segi kualiti material yang digunakan.

Bukan itu sahaja, pengalaman saya membuat kerja2 claim insuran kemalangan dan baik pulih motorsikal memang ternyata nak dapatkan sparepart dari produk brand China agak sukar dan kalau nak order pun lambat sampai.. Tambahan lagi kualiti produk memang jauh pagang dari api nak bandingkan dengan produk buatan Japan.

Nasihat saya pada user yang baru pakai produk China jangan buat kesimpulan terlalu awal atau review motorsikal mengatakan produk China reliable untuk digunakan jangka masa yang panjang.

Barang baru semestinya cantik dan bergetah, kau henjut lepas 3 tahun tengok. Kat situ barulah boleh buat penilaian.

Kadang influencer yang buat review ni pun mangkuk jugak, barang baru memang la semuanya nampak perfect. Boleh lah sembang semuanya padu2 demi habuan upah review. Yang nak kena keluar duit deposit, berhutang dengan kredit 7 tahun ni adalah user.

Eh banyaklah yang nak jual motor brand China ni masih ada lagi baki hutang dengan kredit tapi tak boleh jual. Resell value jatuh, motor dah rentung, siapa nak beli..???

Saya ulanggg..!!! Untuk generasi terkini produk China yang baru masuk pasaran Malaysia.. Terlalu awal untuk anda katakan ianya produk yang reliable, tahan dan berkualiti tetapi kemungkinanan dari segi rekabentuk, kaki kopi, harga murah dan features-features yang diberikan.. Ternyata produk China dan menang awal.👍🏻👍🏻👍🏻

Untuk user2 Japan, buat ileks.. buat chill.. Tunjukkan kematangan anda. Nak touching buat apa. Depa nak pakai brand China itu pilihan depa, yang korang nak koyak buat apa. Depa nak claim macam2 lantak pi depa la..

Tengok dak2 Ducat.. Design kena kopi pun rileks, towing tepi jalan tu biasa, minyak naik kat head pun biasa.. yang tak rasa mcm tu bukan budak Ducat, tu collector simpan motor dalam rumah..

* Hari ni jumaat saya ada inspection belah utara, nak saing sekali insyaallah boleh roger..