ANJUR DIALOG AGAMA TERBUKA




Kepada pihak yang ingin menyebarkan agama mereka selain Islam, perbuatan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 (4) yang menyatakan bahawa:

Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Sekiranya terdapat missionary yang masih mahu menyebarkan agama mereka secara terbuka dalam khalayak umum di Malaysia, maka ingin saya mencadangkan kepada pihak berkuasa agama Islam agar menganjurkan dialog intelektual antara agama secara terbuka, ala-ala Dr. Zakir Naik, dengan menjemput kumpulan missionary ini untuk berdialog.

Sebab dalam soal beragama yang melibatkan keadaan diri manusia selepas mati, kita mahukan kebenaran bukannya falasi.

Ada orang berani untuk mencabar dirinya dengan mengambil risiko sekalipun membahayakan nyawa sendiri.

Kerana hujung kehidupan manusia ialah mati.

Namun adakah wujud manusia yang sanggup mengambil risiko untuk mencampakkan dirinya dalam azab neraka yang kekal abadi, tiada berpenghujung?

Jadi berdialoglah dengan cara yang terbaik untuk mencari kebenaran.

{ قُلۡ یَـٰۤأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ كَلِمَةࣲ سَوَاۤءِۭ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابࣰا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُولُوا۟ ٱشۡهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ }
[Surah Āli-ʿImrān: 64]

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, 

iaitu kita semua tidak menyembah melainkan ALLAH, dan kita tidak sekutukan dengan-NYA sesuatu jua pun; 

dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari ALLAH". 

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 

"Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam".