Sunni, Syiah dan Akhir Zaman

setelah jatuhnya 2 kerajaan besar dunia , Rom & Parsi ditangan umat Islam zaman para sahabat ....dari situ jugalah musuh² umat Islam terutamanya Yahudi melalui gerakan zionist freemasom + orientalis merencana utk porakperandakan kesatuan umat Islam melalui pecahan negara bangsa....sesuaikah jika fikrah kita macam ni?


*Sunni, syiah dan akhir zaman*

perbezaan yang menjadi dasar antara Sunni dan Syiah ialah perbezaan pendapat tentang penerus kepimpinan selepas Rasulullah SAW.

Syiah berpendapat bahawa Tuhan telah menentukan penerus kepimpinan selepas Rasulullah SAW mesti dari keluarga Rasululullah SAW.

Itu lah perbezaan yang menjadi dasar utama.

Ramai yang mengatakan Syiah muncul bermula dengan penyokong Ali yang menentang Muawiyah, ini salah, pada masa itu penyokong Ali menyokong Ali bukan kerana disebabkan Ali ialah ahli keluarga Rasulullah SAW, mereka menyokong Ali kerana tidak setuju dengan Muawiyah yang tidak mengiktiraf Ali sebagai Khalifah sedangkan perlantikan Ali sah kerana di pilih oleh Ahli Syura.

Kemudian setelah Ali dibunuh Ahli Syura memilih Hassan sebagai Khalifah. Sekali lagi Muawiyah tidak setuju dan akhirnya Hassan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyah demi kesatuan Umat Islam dengan Syarat Muawiyah kena memastikan penerus Khalifah selepasnya mestilah dilantik mengikut hukum Islam iaitu melalui sistem Syura. Selepas 28 tahun berlalu, Muawiyah tidak menunaikan janji dengan melantik anaknya sebagai Khalifah Islam. Setelah Hassan dibunuh, Hussin bangkit menentang Yazid kerana Muawiyah telah memungkiri janji kepada Hassan dengan melantik anaknya sendiri iaitu Yazid sebagai Khalifah bukan melalui Syura yang sah.

Husin dan pengikutnya bangkit menuntut kebenaran dari Khalifah Yazid kerana melanggar hukum agama dalam urusan melantik Khalifah.
Kemudian Husain di bunuh di Karbala.




Pengikut Husain bukan menyokong Husain kerana Hussain ahli keluarga Rasulullah SAW, mereka mengikut Hussin kerana menentang perlanggaran Hukum Agama oleh Muawiyah dan Yazid dalam hal perlantikan khalifah.

Kemudian setelah itu barulah muncul pandangan bahawa Tuhan telah menentukan penerus kepimpinan selepas Rasulullah SAW mesti dari keluarga Rasulullah SAW. Kelompok ini akhirnya dikenali sebagai Syiah.

Syeikh Imran Hosein berpendapat kemunculan Syiah  ini adalah agenda Dajjal untuk menimbulkan perpecahan dalam Islam sebagai persediaan mencetus perang saudara dalam dunia Islam di akhir zaman.