Betapa Ngerinya Neraka Jahannam



Dalam kehidupan kita sebagai orang yang beriman, adalah menjadi tanggungjawab untuk memahami dan menyedari hakikat neraka Jahannam. Seperti yang dinyatakan oleh Amr Ibnul ‘Ash radhiyallahu anhu, seandainya kita benar-benar tahu tentang keadaan neraka, niscaya kita akan tergerak untuk memohon perlindungan dan beribadah dengan sepenuh hati.

Beliau menyebutkan bahawa, “Seandainya salah seorang di antara kalian mengetahui hakikat jahannam, niscaya dia akan menjerit sekeras-kerasnya (minta tolong) sampai suaranya terputus. Dia juga akan melakukan shalat sampai tulang punggungnya patah (karena lamanya).” (Zawaid az-Zuhd karya Ibnul Mubarak: 1007). Ini menggambarkan betapa ngerinya azab neraka dan pentingnya kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang salih.


Dalam Surah At-Tahrim Ayat 6, Allah berfirman : “Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat kasar dan keras.” Ayat ini mengingatkan kita agar sentiasa berusaha menjaga diri dan keluarga dari segala kemaksiatan yang dapat membawa kepada azab neraka. 

Selain itu, Allah juga menegaskan dalam Surah Anbiya Ayat 35 : “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan uji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (ujian) dan kamu akan di kembalikan kepada Kami.” Ini menunjukkan bahawa hidup di dunia ini adalah ujian, dan setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan amalan ibadah, dan menyebarkan kebaikan kepada sesama. Ingatlah bahawa agama adalah nasihat. Sampaikanlah kebaikan walaupun sepotong ayat. Dalam setiap usaha kita, ingatlah untuk mempertingkatkan keimanan dan menjaga diri dari segala mara bahaya yang mungkin menimpa. Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua ke jalan yang lurus. Aamiin.