Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
26 January 2013

Apakah Ada Beza Antara Anak Angkat Dan Anak Pelihara ? ... Keputusan Carian Google.

Siti Fatimah Binti Abdul Rahman
Fellow Kanan

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Baru-baru ini, ketika menemubual Tuan Haji Haron Md. Isa, Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia bagi mendapatkan bahan untuk satu tugasan yang berkaitan anak angkat, saya memperolehi satu maklumat baru (baru bagi saya) berkaitan khidmat yang diberi oleh JKM iaitu ?anak pelihara?. Saya pasti maklumat ini juga satu maklumat baru bagi ramai rakyat lain di Malaysia ini. Walau bagaimanapun, bak kata orang, ?Better late than never?, jadi, saya berasa terpanggil untuk melihat potensi perkhidmatan ini dalam konteks memenuhi naluri golongan masyarakat terhadap anak.

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga bercita-cita untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Namun, tidak semua pasangan memperoleh apa yang mereka hajatkan. Ada yang terhalang oleh faktor biologi, ada juga yang belum sampai masanya. Namun, naluri terhadap anak ini tetap ada dan kerana itulah ramai pasangan yang beralih kepada anak angkat untuk memenuhi naluri ini.

Di Malaysia, secara umumnya, ada dua cara untuk mendapatkan anak angkat. Pertama, mendapatkan anak tersebut dengan cara sendiri iaitu terus dari ibubapa yang sanggup memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Kedua, dengan memohon kepada JKM.

Dari segi JKM, khidmat pengambilan anak angkat ini merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang tiada keluarga dalam keluarga angkat supaya mereka dapat terus menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga. Berdasarkan kepada fungsi JKM itu sendiri, ia mempunyai anak-anak yang boleh dijadikan anak angkat kerana ia menjalankan fungsi penjagaan anak-anak yang terbuang atau teraniaya dan sebagainya. Kanak-kanak ini ditempatkan di rumah kanak-kanak yang di bawah pentadbiran JKM. Terdapat empat rumah kanak-kanak kesemuanya iaitu Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras; Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah (Kuantan, Pahang); Rumah Kanak-kanak Taman Bakti di Seberang Perai; dan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Perak.

Dalam menjalankan fungsi menempatkan anak angkat kepada keluarga angkat ini, faktor utama yang diambilkira oleh JKM ialah kebajikan anak tersebut. Untuk itu, berbagai maklumat cuba didapatkan dari pasangan yang berminat bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu terpelihara. Justeru, selain mengisi borang, pasangan yang memohon untuk mendapatkan anak angkat ditemuduga bagi penyediaan laporan sosial mereka. Antara maklumat yang cuba diperolehi ialah latar belakang sosial mereka serta kesanggupan mereka menjadi keluarga angkat di samping memenuhi syarat dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 dan Akta Pengangkatan 1952 (untuk bukan Islam) atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (untuk orang Islam).

Di samping mendapatkan maklumat pemohon, pemohon juga dimaklumkan tentang perkara-perkara lain seperti implikasi menjadi keluarga angkat, tugas dan tanggungjawab mereka sebagai keluarga angkat, latar belakang bayi/kanak-kanak di bawah jagaan JKM serta hakikat bahawa pemohon tidak boleh memilih bayi dari paras rupa fizikal tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.

Semasa menemubual pemohon, pegawai JKM juga cuba membuat penilaian-penilaian berikut tentang para pemohon:
a) Hubungan perkahwinan pemohon adalah kukuh dan bahagia
b) Mereka mampu memberi kasih sayang kepada anak angkat itu nanti
c) Permohonan dibuat dengan ikhlas dan sepenuh hati dan bukannya kerana paksaan atau tekanan mana-mana pihak
d) Kedua-dua pihak (suami dan isteri) setuju dengan permohonan tersebut
e) Mereka faham implikasi dan cabaran menjadi keluarga angkat dan yakin dapat mengatasi masalah tersebut secara keluarga


Bagi menilai sama ada pasangan tersebut layak atau tidak memperolehi anak angkat, kriteria-kriteria berikut digunakan:
a) Pasangan tersebut disahkan tiada kemungkinan melahirkan anak (untuk itu pengesahan perubatan didapatkan dari mereka bagi memastikan yang mereka telah berusaha berbagai cara untuk mendapatkan anak tetapi tidak berhasil).
b) Pasangan tersebut sudah berkahwin selama 5 tahun atau lebih tetapi masih belum mempunyai anak.
c) Pasangan tersebut mampu memberi belaian kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang sempurna.
d) Pasangan tersebut mampu memelihara anak tersebut dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi, mental dan lain-lain.
e) Pasangan yang mempunyai anak kandung diberi pertimbangan sekiranya mereka sanggup mengambil kanak-kanak yang sudah besar.

Berdasarkan kepada statistik yang ada, JKM menerima banyak permohonan untuk mendapatkan anak angkat. Malah, permohonan ini adalah melebihi daripada apa yang dapat dipenuhi oleh JKM sendiri.

Jadual 1: Bilangan permohonan, penawaran dan senarai menunggu dalam kes-kes pengangkatan anak yang dikendalikan oleh JKM


Tahun Permohonan Penawaran Senarai menunggu
(terkumpul)
1994 ? 1998 1828 110 1718
1999 148 62 1804
2000(sehingga Februari) 20 19 1805
Jumlah 1996 191 1805

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa JKM memang menerima banyak permohonan dari pasangan-pasangan yang berminat untuk memiliki anak angkat. Malangnya, JKM tidak mampu untuk memenuhi semua permohonan ini. Akibatnya, ia mempunyai senarai menunggu yang begitu besar sekali bilangannya.

Menurut Tuan Haji Haron, perkara ini berlaku kerana, walaupun mereka mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai di rumah-rumah penjagaan tadi, tidak semua kanak-kanak itu boleh diberi sebagai anak angkat. Mengikut amalan JKM, hanya anak-anak yang berusia kurang dari dua tahun sahaja diberi sebagai anak angkat kerana dirasakan inilah umur yang paling baik untuk menyesuaikan mereka dengan keluarga angkatnya. Umur yang lebih dari ini dianggap tidak sesuai lagi untuk dijadikan anak angkat. Walau bagaimanapun, mereka boleh dijadikan sebagai anak pelihara sahaja. Berkaitan dengan anak pelihara ini, ia tidak melibatkan undang-undang. Sebaliknya, ia melibatkan hal pentadbiran sahaja di mana JKM menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada sesebuah keluarga untuk dijaga.

Jangkamasa di antara permohonan dengan tawaran memang tidak menentu. Menurut Tuan Haji Haron, memang sentiasa ada pasangan yang memohon untuk mendapatkan anak angkat tetapi kanak-kanak yang sesuai tidak selalu ada. Oleh yang demikian, pemohon-pemohon itu diletakkan dalam senarai menunggu.

JKM mendapat bayi-bayi ini melalui laporan tentang penemuan bayi-bayi yang dibuang oleh ibunya. Misalnya, kita sering mendengar bagaimana orang ramai menjumpai bayi di masjid, surau dan seumpamanya. Setelah melalui prosedur-prosedur tertentu, bayi ini diletakkan di bawah jagaan JKM dan bayi-bayi inilah yang dijadikan anak angkat.

Antara prosedur yang perlu dilalui ialah bila ada laporan tentang bayi yang dibuang, laporan polis hendaklah dibuat. Setelah itu, bayi itu dibawa ke hospital untuk diperiksa. Seterusnya, bayi itu diberi kepada JKM. Di JKM, bayi itu dijaga untuk tempoh tertentu bagi menunggu tuntutan dari ibu kandungnya, jika ada. Jika tiada, barulah ia diserah kepada keluarga angkat.

Tuan Haji Haron mengakui bahawa ada rungutan orang ramai mengenai kesukaran untuk mendapatkan anak angkat dari JKM sedangkan kita selalu mendengar orang membuang bayi di sana-sini, tetapi inilah masalah yang dihadapi oleh JKM.
Bilangan pemohon yang begitu ramai dalam senarai menunggu ini menimbulkan masalah lain juga. Misalnya, pemohon menolak anak angkat yang diberikan dengan alasan bahawa sewaktu ia memohon dahulu, memang ia menginginkan ank tersebut tetapi kini (setelah lama menunggu), mereka tidak memerlukan anak itu lagi. Ada juga ibubapa angkat yang menjaga anak angkat itu sekejap sahaja setelah itu memulangkannya kepada JKM. Jika ia memulangkan anak itu sesudah ia berusia dua tahun, maka JKM tidak dapat memberikan anak itu kepada orang lain kerana melebihi had umur yang sepatutnya. Masalah ibubapa yang ?memilih? memanjangkan lagi senarai menunggu ini. Misalnya, ada di kalangan pemohon yang mengisi borang dengan memberikan kriteria-kriteria anak yang diinginkan misalnya, anak yang sah keturunannya, tidak cacat dan seumpamanya.

Jadual 2: Bilangan permohonan, penawaran dan senarai menunggu sejak tahun 1994 hingga Februari 2000 mengikut bangsa


Bangsa Permohonan Penawaran Senarai menunggu
Melayu 829 166 663
Cina 978 12 966
India 189 13 176
Jumlah


Jadual 2 menunjukkan bilangan permohonan yang paling banyak datangnya dari orang Cina (978 permohonan), diikuti oleh orang Melayu (829 permohonan) dan akhir sekali orang India (189 permohonan). Dari segi penawaran pula, didapati permintaan orang Melayu yang paling banyak dapat dipenuhi (116 penawaran) berbanding India (13 penawaran) dan Cina (12 orang).

Menurut Tuan Haji Haron, ini ada kaitan dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat kita sendiri. Kebanyakan kes pembuangan anak berlaku di kalangan orang Melayu, makanya tentulah JKM mempunyai banyak bilangan bayi Melayu yang boleh dijadikan anak angkat. Bagi bangsa-bangsa yang lain, bayi yang dibuang begitu kurang sekali.


Melihat kepada statistik ini, kita dapati bahawa bilangan permohonan adalah melebihi dari jumlah kemampuan JKM untuk memenuhinya, walaupun sebenarnya JKM mempunyai ramai kanak-kanak (yang lebih dari dua tahun) yang memerlukan kasih-sayang dari ibu dan bapa. Walaupun setakat ini JKM tidak ada masalah untuk menjaga kanak-kanak ini tetapi ia mengakui kehidupan di institusi tidak begitu sesuai untuk perkembangan anak-anak. Sebaliknya, mereka perlu dibesarkan dalam keadaan normal (di rumah bersama ibu dan bapa) seperti kanak-kanak yang lain. Jadi, apakah tidak mungkin untuk pasangan-pasangan yang tiada zuriat ini mengambil anak-anak yang lebih dari dua tahun untuk dijadikan anak pelihara? Jika yang dinginkan ialah kanak-kanak yang boleh digelar anak, yang boleh dibelai dan dimanja, apakah bezanya antara anak angkat dan anak pelihara? Lagi pula, dalam kes orang Islam, lambat-laun anak angkat itu akan tahu asal-usulnya juga. Lagi pula, bilangan mereka ini begitu ramai di rumah kanak-kanak JKM. Tidakkah boleh pasangan yang tiada anak memelihara mereka dan sebaliknya kanak-kanak tersebut menumpang kasih kepada mereka?

Menurut Tuan Haji Haron, satu sebab mengapa orang ramai agak keberatan untuk mengambil kanak-kanak yang lebih dewasa ini ialah kerana pada ketika itu sifat-sifat negatif anak-anak tadi telahpun diketahui seperti nakalnya, malasnya dan seumpamanya. Ramai pasangan yang tidak mahu menangani masalah-masalah ini. Jadi, mereka lebih suka mengambil anak angkat di kalangan bayi kerana bagi mereka pada umur ini, kanak-kanak itu lebih mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, Tuan Haji Haron merasakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan kerana pertama, tentulah anak-anak di rumah kanak-kanak itu bermasalah kerana mereka datang dari keluarga yang bermasalah. Keduanya, sebagai ibubapa yang ingin menjaga dan memelihara, merekalah yang perlu mendidik dan membentuk anak-anak tadi.

Usaha JKM membantu pasangan-pasangan yang tiada anak ini amatlah digalakkan. Namun, satu perkara yang saya temui melalui temubual saya dengan Tuan Hj. Haron ialah tiadanya tindakan susulan oleh JKM terhadap keluarga itu selepas penyerahan anak angkat tadi dilakukan. Tuan Haji Haron mengakui sebenarnya, selepas menyerahkan anak angkat kepada keluarga angkat itu, pihak JKM tidak membuat apa-apa tindakan susulan. Dalam kata lain, JKM tidak mengambiltahu tentang kanak-kanak itu selepas proses penyerahan berlaku. Pada saya ini amat bertentangan dengan tujuan JKM pada awal tadi di mana disebutkan bahawa JKM mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Apakah mungkin kebajikan kanak-kanak itu terjaga jika selepas menyerahkan mereka kepada keluarga angkat JKM tidak lagi menghubungi mereka? Apakah JKM betul-betul yakin bahawa keluarga yang dijodohkan dengan anak angkat itu benar-benar sesuai dan serasi?



Terima kasih kerana sudi memberikan komen anda di sini. Selamat berkerjasama. Hati-hati memandu & Selamat Memandu.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .